-Ya ALLAH, JaDiKan Aku DA'iE sElamA2NYA-



"dan berjihadlah di jalanALLAH dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama....."
[al-Hajj:78
]

USIA MUDA HANYA SEKETIKA

~USIA MUSA HANYA SEKETIKA~



Suatu petang yang indah…angin sepoi2 bahasa...diatas bangku tempat parking moto…mengadap entrance UiTM, pintu syeksyen 7…best jugak lepak petang2 ni..ambik angin luar..
Bawak laptop skali lah, nak try wireless..mane tau kalau2 boleh, nak download past years questions..tp, tak menjadi pulak..tak pelah…tak de rezeki hari ni kot…dengar lagu dahlah…
Subhanalah…Tenangya petang ni..Maha Suci Allah….Yang menjanjikan syurga bagi hamba2Nya yang taat dan juga menjanjikan neraka bagi hamba2Nya yang engkar. Allahuakbar….yang menjadikan makhluk dilangit dan dibumi.. MasyaAllah.....agungnya dan hebatnya ciptaan Mu Ya Allah….lahaulawalakuwwataillabillah…aku tiada kekuatan melainkan kekuatan dari Mu, Ya Allah…
Alamak, lagu sedih lah pulak…lagu hijjaz Munajat kau sahabat kau teman sejati…lg ni lagu tema aku dgn nenek ku tersayang….
Bersama2 lagu, jauh aku dibawa mengembara kembali ke tahun 2001, nenek kesayanganku (che nama manjanya dikalangan kami cucu2nya) telah dijemput pulang kerahmatullah. Lantaran pemergiannya, surau depan rumah kami tiada lagi budak2 dtg belajar mengaji al-Quran, bilik kami suram tanpa bacaan al-Quran che setiap hari, rumah kami suram tanpa leteran che, cebok penyedok air che guna untuk ambik wudhuk setiap malam tidak lagi digunakan, tiada lagi orang urutkan kepala saat kepala ku berdenyut2 dan berpusing2, tiada lagi orang bacakan doa diatas kepalaku saat ku hendak pulang ke asrama demi meneruskan perjuangan menuntut ilmu, tiada lagi orang ajarkan aku doa2 yang best!! Tiada lagi orang ingatkan aku untuk solat diawal waktu, tiada lagi orang sikatkan rambutku, tiada lagi orang mambelaku saatku dimarah ayah….sedang aku lenak dibuai mimpi, kerana tak nak menggangu aku, che pasang pelita tanah untuk dia qiam setiap malam..kadang2 aku turun tidur ditepi sejadah che, saje nak dengar suara che…aku sayang sgt2 kat che. Aku ingat lg masa aku berumur 5, 6 tahun..setiap kali balik dr PASTI, che mesti peluk aku dulu..kalau hari tu lupa peluk, mesti che kata “Hari ni adik (panggilan pd ms itu) tak peluk che lagi.” Aku tak suka kalu sepupu2 aku dtg…nanti che layan sepupu aku jugak…tak nak!! Tak nak!! Diaorng akan rampas che dari aku!!! Bentak hati kanak2 ku…
Kalau hujan lebat atau ribut, aku akan duduk di sebelah che..kalau kilat dan petir, aku akan peluk che…che akan gosok2 kepala aku..terasa selamat dan tenang…aku diajar doa2 dan selawat sewaktu petir walaupun masih pelat2.
Perit untuk ku terima kenyataan atas pemergian che…rindunye kat che..rindunye... aku masih ingat lg saat engkau dikafankan.. kali terakhir aku cium pipimu..sejuk…tp sayang, aku tak dibenarkan masuk untuk memandikanmu kerana kata org2 kampung, aku masih kecil lagi.lgpun ayah kata, badan ku lemah saat itu..puas ayah pujuk, puas emak pujuk…aku lari..keluar dari rumah…aku benci semua orang!aku nak pegang che!aku nak mandikan che kali terakhir…kenapa semua org tak faham?? Tp,aku terserempak dgn ayah atas tangga rumah...ayah peluk aku…ayah kata “Jangan nangis, nanti che sedih…doakan che…” argh…ayah bukannya faham…aku memberontak.aku nangis puas2 atas dada ayah. Kemudian ayah kata “ayah nak g uruskan liang lahad che ni..”aku pun duduk atas tangga sorang2 sambil menangis lg…aku cuba sedaya upaya menyekat air mataku, tp tak boleh jugak…ummm…nasib baiklah…minggu lepas, sebelum aku balik asrama, aku sempat mandikan che…entahlah, rasa nak mandikan dia sangat2 walaupun dia boleh mandi sendiri…aku syampukan rambut che, aku basuhkan kepala che dan aku tunggu dia gosok gigi palsu dia…che suka sangat hari tu…patutlah minggu tu, che nak ikut ayah hantar aku balik asrama sedangkan dia tak boleh naik kereta lama2 krn gegaran pada jantungnya…ayah tak benarkan che ikut kerana ayah tak nak ayah sakit…che tengok aku dari jauh…rupa2nya itulah kali terakhir dia menghantarku ke kereta…
Hari itu, penuh rumah….Tok Guru pun datang bersama2 mak cik ta, isteri muda tok guru..Yelah, diaorg dah mcm anak che.. setiap hari jumaat che akan ke masjid. Pulang lewat petang..pergi menadah kitab kat rmh tok guru…beruntungya che. Dapat mandikan jenazah orang, dapat berubat orang, dapat sambut lekahiran bayi…waktu solat jenazah, penuh surau depan rumahku…dua rounds solat jenazah diadakan kerana tak muat surau.budak2 darul quran rusila pun datang solat… Hmmmmm, rindunya kat che….dah seminggu che pergi, tp setiap kali sebelum tidur, mesti aku menganis….Suatu hari aku tanye mak “Mak, che dah makan?.” Emak, pandang kat aku, kemudian dia pusing ke tempat lain dan dia diam. Apasal lak mak ni…astaghfirullahalazim…. aku terlupa…che dah tak de…tp, rasa cam dia ada je…
Selepas seminggu, aku balik asrama…still lagi tak blh lupakan che. Hari2 tel mak ngadu kat mak tak boleh lupakan che…mak kata sedekahkan bacaan al-Quran banyak2 kat che…then, sebulan lepas tu aku balik rumah..aku buka almari baju che..hancur hati aku bila tengok almari che kosong..tak ada ape2 lagi dlm almari che…sekali lagi aku menangis puas2. nasib baik mak atau ayah tak nampak. Kalau tak, kesian kat mak fikirkan aku…
Aku sedar…che bukan milik ku…dia milik ALLAH…aku tak berhak keatas dia. Dia bagi pinjam Che kat aku sekejap je…tak pelah…aku bersyukur sangat2 berbanding dgn org lain yg tak pernah rasa kasih sayang seorang nenek…kini, aku ada seorng je nenek (kami panggil dia tok). Walaupun tok datang sekali sekala je rumah kami tak duduk sekali, tp xpelah…tok pun bukan tok aku sorang..tok pun milik cucu2 lain jugak..namun, setahun selepas itu, tok sakit jugak…tok pun nak tinggalkan kami…tok tak kenal lagi aku…”tok, ni cucu tok…tok…tok…”aku sedih..tok tak tahu nama aku lagi.. Tok tak nak datang lagi rumah kami..dia nak balik rumah dia...kalau dia datang rumah kami, dia akan menangis nak balik…akhirnya, tok pun pulang ke pangkuan pemiliknya pada tahun 2002…tiada lagi nenek dalam hidup ku….aku akn menangis setiap kali aku nampak nenek2 kwn2 ku hantar mereka ke asrama, saat aku lihat nenek tua dirumah anak yatim, saat kwn2 ku berbual dl tentang nenek2 mereke..dan yg paling menyakitkan hati aku dan menyedihkan ialah bila melihat ramai anak2 dan cucu2 skarang bencikan nenek mereka. Ramai juga yang tak pernah tanya khabar nenek2 dikampung…cuba bayangkan betapa sukanya hati mereka saat melihat kepulangan kita…dari mana datangya kita kalau bukan dari mereka…

Tahun 2000: kawan sepermainanku dan kawan sekelasku…2001:adik kedua bongsu emak…2002:sekali lagi emak menerimaa tamparan hebat, kakak sulung emak pula menyahut panggilan Ilahi...2004: kakak sulung ayah bersama2 suaminya antara emak saudara yang paling rapat dgnku…2006: ustazah ku, juga emak kepada kawanku…2007:nenek saudaraku, antara nenek saudara yg paling rapat denganku, rumahnya adalah rumah nombor duaku..2008: nenek sekampungku yang selalu bg sayur dan atuk saudara sebelah rumah ku…tahun lepas juga, senior di fakulti juga meninggal dunia akibat kemalangan dgn lori..dan ramai lagi…satu demi satu orang yang rapat denganku dan orang yang aku kenali telah pergi meninggalakn dunia fana..entah esok, entah lusa tiba giliranku pula…

Suatu hari, aku terdengar perbualan antara emak dan ayah ku. Kata mak, “generasi tua sudah pun tiada. Sekarang kita lah generasi tua..selepas ini anak2 kita pulak menggantikan kita.” Terkejut ana ketika itu. Hah??? Kitaorang akan jadi generasi tua??? Eiiiii…lambat lagilah, mak…ape lak mak mengarut ni??gertak hati kecilku…

Namun, skarang aku mula sedar terasa betapa pendeknya hidup ini. Sekejap je dah nak jadi generasi tua…tapi inilah reality. Katakanlah, umur sekarang 21 tahun…23 grad..24 keje…then, bina baitul muslim kalu diizinkan ALLAH…after 10 years, umur 34 tahun dah…sedar tak sedar anak2 semua dah besar…dapat cucu pulak…then pencen…nah, skarang kita pulak jadi orng tua…sekejap je kan…cuba ingat balik apa yang telah kita buat kat nenek kita dan ibu bapa kita…itulah yang akan kita terima pada usia ini…
“Akak, ada orang tak duduk kat sini?” Hah????terkejut aku…”a..a..ape dik?” “Ada orang tak duduk kat depan akak ni?Kalu tak de, sy nak tumpang duduk..”. “Owh. Sorri…akak tak dengar tadi..takde,takde.. silalah duduk…”. Malu pulak kat adik tu…huhu Alamak!dah hampir pukul 6 ptg ni..kne masuk bilik..nanti kak dilla cari takde kat bilik lepas pukul 6, karang kak dilla membebel pulak…katanya, ptg2 tak elok duduk kat luar.sayang sungguh kakak ni kat adik dia ni…syukran, ya ukhti…coz jaga ana…pasti ana akan merindui ukhti suatu hari nanti…

Inilah sekadar perkongsian coretan yg ditulis pada 14 july 2009…cube kita check balik, sejauh mana sumbangan kita pd Islam?…adakah kita membantu Islam atau kita menyusahkan Islam? bgmn kalau kita dimatikan hari ini…adakah amalan2 kita sudah cukup untuk menyelamatkan kita…ana ingatkan diri ini yang senantiasa lalai dan leka dgn hanyutan dunia…
Wallahua’lam….

PASAKKAN CINTA PADA ALLAH UNTUK MENDAPAT CINTA MANUSIA


PASAKKAN CINTA KPD ALLAH UNTUK MENDAPAT CINTA MANUSIA

BUKAN HARTAMU YANG MENJADI IDAMANKU,
BUKAN PANGKAT DAN DARJATMU YANG KU DAMBAKAN,
BUKAN JUA KERANA WAJAHMU YANG KU PUJA..

HANYA PERIBADIMU YANG MENAWAN HATIKU,
SIFATMU YANG LEMAH LEMBUT DAN SOPAN SANTUN MEMIKAT HATIKU,
KEBIJAKSANAANMU MENAHAN MARAHMU YANG MENARIK HATIKU,
SERTA ILMU MU YANG MENGHIASI DIRIMU MENAWAN HATIKU,
AGAR ENGKAU MEMBIMBINGKU KE JALAN NYA..

HANYA KEIKHLASAN MU YANG KU DAMBAKAN,
KEJUJURANMU SERTA KEIKHLASAN HATIMU MENERIMAKU DAN KELUARGAKU YANG KU HARAPKAN.

KEIMANAN MU YANG MENEBAL PADA ALLAH DAN RASUL,
KEPATUHAN MU PADA AGAMA,
KECINTAAN MU YANG MEMBARA PADA ISLAM,
TADHIYYAT MU YG TINGGI UNTUK PERJUANGAN,
DAN KASIH SAYANG MU PADA SESAMA INSAN,
SERTA KEZUHUDAN MU DALAM MENGECAP DUNIA
YANG MENARIK MINATKU PADA MU….

IMAMKU…
AKU AKAN TETAP MENUNGGU MU…
DI MANA? SIAPA? BILA? BAGAIMANA WAJAHMU?
AKU SENDIRI TIDAK MENGETAHUI…
NAMUN, AKU TETAP BERTEKAD YANG AKU TIDAK AKAN MENGHADIAHKAN CINTA MURAHAN PADAMU…

IMAMKU…
AKU AKAN TETAP SABAR MENANTIMU..
WALAUPUN CINTA INI TELAH BERKALI-KALI CUBA DIRAMPAS OLEH LELAKI2 LAIN..
NAMUN JAWAPAN YANG SAMA TETAP KUBERIKAN KEPADA LELAKI-LELAKI ITU..
CINTAKU INI HANYALAH UNTUKMU….
AKU TIDAK AKAN MELABUHKAN CINTAKU SELAIN DARIMU…..

IMAMKU…
SAMA-SAMALAH KITA BERSABAR KERANA ALLAH MENJANJIKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK BUAT KITA….
PERCAYALAH DAN YAKINLAH DENGAN KETETAPAN ALLAH…


YA ALLAH, PIMPINLAH HATI INI,
YA ALLAH, BENARKANLAH AKU MERAIH CINTAMU,
AKU RINDUKAN MU,
AKU SAYANGKAN MU.

YA ALLAH,
AMPUNILAH AKU,
AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KU,
AKU SEDAR BETAPA BANYAKNYA DOSA KU,
TAK TERTANGGUNG RASANYA..

TERASA DIRI INI BETAPA KERDIL,
BETAPA HINANYA DIRI INI,
YA ALLAH…
RAHMATILAH AKU..

YA ALLAH,
JANGANLAH ENGKAU MENJATUHKAN PANDANGANKU TERHADAP LELAKI
DAN PANDANGAN LELAKI TERHADAP KU HINGGA TIBA MASANYA…
AMPUNILAH DOSA KU
TERHADAP SIKAPKU YG BERLEBIH-LEBIHAN…

-june, 2008-

BE THE BEST OF WHATEVER YOU ARE

If you can’t be a pine on the top of the hill,
Be a scrub in the valley,
But, the best little scrub by the side of the hill,
Be a bush if you can’t be a tree.

If you can’t be a bush, be a bit of grass,
And some highway happier make.
If you can’t be a musky, then just be a bass
But, be the liveliest bass in the lake.

We can’t all be captains, we’ve got to be crew
There’s something for all of us,
There’s big work to do and
There’s lesser to do
And the task we must do is the near.

If you can’t be a highway, then just be a trail,
If you can’t be the sun, be a star.
It isn’t by side that you win or fail,
Be the best of what ever you are..

ADAB BERCAKAP

• BERMANFAAT
• BERNILAI SEDEKAH
• JAUHI SIA-SIA
• TAK GHIBAH(UMPAT)
• TAK ADU DOMBA
• BERHENTI BERBOHONG
• HINDARI PERDEBATAN
• TIDAK POTONG PERBUALAN
• TAK SALING MENGOLOK-OLOK & PANGGIL DGN GELARAN BURUK
• MENJAGA RAHSIA

KATA IBARAT PEDANG YANG TAJAMNYA BISA MEMBUNUH LAWAN...
KATA2 YANG BERHIKMAH BISA MENYEDARKAN KITA...
KATA MADAH PUJANGGA BISA MENGGEGARKAN DUNIA....
*maaf, tak ingat sangat lirik lagu ni..hehe namun, sama2 lah kita berusaha untuk menjadi orang yang membahagiakan orang lain... insyaALLAH, kita akan turut bahagia...

APE ITU AYU?


APA ITU AYU?

Ada org kata ayu itu bila wanita yg rambutnya terurai bila ditiup angin…ada org kata ayu itu bila wanita itu pandai make up wajahnya yg suram dgn alat solek sehingga mampu menaikkan tulang pipinya. Ada org kata ayu itu bilamana wanita itu bila bercakap mampu menggetarkan hati lelaki bila mendengar suaranya yg lemah gemalai. Ada org kata wanita itu ayu bila dia pandai bergaya dgn fesyen2 terkini…

Tp, apa itu ayu yg sebenarnya?
ayu seorg wanita itu sebenarnya terletak pada akhlak wanita itu. Adakah ayu bila wajahnya berseri dgn make up itu bila bercakap dgn ibu dan ayah dgn cara menengking sehingga terkeluar anak tekaknya. Bila ditegur kesilapan menarik muka. Bila diminta tolong berat tulangnya. Bila diajak brbakti beribu alasannya. Bila disuruh menutup aurat tidak diendahkannya. Bila diajak membaca al-quran malas. Bila diajak solat dibiarkan saja.

Teringat kembali semester pertama menjejak kaki ke bumi UiTM Shah Alam.. suatu hari ada seorang kakak sedang bagi tazkirah di surau. Then dia tanye ape itu ayu? Adakah seorg muslimah itu dikatakan ayu bilamana duduknya tersimpuh malu, bila disuruh bercakap diam2 malu, bila ditanye hanya mampu tersenyum malu, bila dicabar iman nya terdiam kelu?
Pantas aku menjawab dalam hati ku, SEORANG WANITA YANG AYU ADALAH YANG TEGUH IMANYA, TETAP PENDIRIAN NYA, MEINGKATKAN IBADAHNYA, BERJATI DIRI, BERMATLAMAT JAUH DAN MAMPU MEMIMPIN MASYARAKAT!! DAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MEMAKAIKAN AKHLAK MULIA SEBAGAI PENGHIAS PERIBADINYA…..Oleh itu, jangan dikatakan wanita itu ayu bila duduk, berdiri dan berjalan nya hanya bersimpuh malu, bergaya, pandai ber make up, suaranya yg menipu dan rambut terurai ditiup angin jalanan.

AWAS!! Jangan TERTIPU dengan keayuan luaran….!!

-BERAYA DI PULAU KAPAS-



BERAYER DI PULAU KAPAS…
Entah macam mana tahun ni kami tersesat beraye kat pulau kapas..dapat kakak2 &abang2 suka travel, adik ikut je..hehe Hari raye ke 3 kami tempah boat dan hari raye ke 5 kami sekeluarga berangkat ke sana. penuh satu bot.. hmm, best jugak time2 raye g melancong coz x ramai org. terasa mcm pulau tu kita punye...hehe Nak mandi kat mana sume on coz org xde.. tp sedih teringatkan 'abang yang' tak dapat cuti, beraya di Pahang=( ....sabar ye 'abang yang', next year kita raye sama2...kesian mak, asyik sebut anak lelaki dia je. tak pe mak, kita naik bot dulu ye...hehehe

sewaktu snorkeling, jelas betapa agungnya ciptaan ALLAH dan betapa Maha Indahnya ALLAH swt.. di dasar laut, beribu2 jenis binatang yg pelbagai warna, bentu dan saiz. tak tergambar akan hebatnya ALLAH... Subhanallah, Allahuakbar...!




ditakdirkan ALLAH, dlm perjalanan pulang kami terserempak dgn bot2 nelayan yg berada ditengah2 lautan dan ada yg berada di pinggiran pantai untuk berlabuh. Sebelum ini tahu makan je ikan yg dibeli emak& ayah, tp bila tengok bot2 tersebut dilambung ombak tidak terbayang diminda bagaimana ikan2 itu dapat dinaikkan dari dasar laut ke dalam bot nelayan..perih dan jerih pengorbanan nelayan untuk membela anak2 dan isteri. Terasa syukur tak terhingga atas nikmat-nikmat MU YA ALLAH yg Engkau anugerahkan buat aku dan keluargaku tercinta.... Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.........




kak ja, dengar cerita kak long, kak lina& kak ta kata next destination cuti sekolah ni c____? betul ke???hehe


…SEMUANYA KETENTUAN ALLAH…


…SEMUANYA KETENTUAN ALLAH…
Alhamdulillah, 18.6.08 tahun lepas kakak ku yg ke-4 selamat diijabkabulkan dgn Abg.sepul atau nama penuhnya Mohd Saiful Lizan org Pendang, Kedah. Officemate kakak ku..huhu Welcome to our family, my great brother in law. Setakat ini ayah ada 4 menantu dan nampaknye abg Sepul manantu kesayangan ayah..huhu Ape tak nye setiap kali balik kampung mesti pergi memancing sama2 ngan bot ayah.. Suka bukan main ayah dapat menantu sama hobi ngan dia.. alhamdulillah.. syukur pada ALLAH, at least ada jugak org teman ayah g memancing sekali sekala. Dulu2 mak dan anak dia sorang ni pernah jugak ikut…tp skarang?hehe

Namun, takdir ALLAH menentukan segala2 nya. Hampir 2 bulan kakak ku mengandungkan anak sulungnya, dia miscarry. Terkejut kami sekeluarga coz xpernah ada lg family kitaorang yg keguguran. Sedih, pilu…semua ada… namun, itulah hakikatnya..semuanya milik ALLAH swt. Hidup, mati, nyawa, badan kita, wang, harta semua nya milik DIA. Kita hanya menumpang dibumi ALLAH ini untuk mencari bekalan untuk ke dunia sana yg kekal abadi.

Aku doakan kakaku( kak maliza) dan abang sepul bahagia dunia dan akhirat. Dan akan mendapat anak2 yg soleh dan solehah yg dapat membantu mereka di dunia dan akhirat kerana harta yg kekal menemani di kubur antaranya doa anak yg soleh. Selain dari itu adalah sedekah jariah dan ilmu yg bermanfaat. Aku yakin mereka tabah dan kuat menempuh kehidupan….



...LUAHAN HATI EMAK & AYAH…
Satu petang, aku, ayah, mak, kakak2 ku (kak lina dan kak ta) sedang asyik menonton tv. Pertandingan hafazan al-Quran tv 1. jarang2 org suka tengok tv 1 ni. tp inilah favorite channel mak&ayah aku waktu petang selain tv 9. banyak program2 agama disiarkan.

Mak kata, sejuk hati mak dan ayah hafiz & hafizah ni… bertuah mak dan ayah mereka. Aku hanya mampu tersenyum pd mak. Yelah, anak mak ni bukan hafizah. Dan apalah agaknya yg membolehkan aku bantu emak dan yah di akhirat kelak. Aku malu ngan mak dan ayah….

Sedang asyik kami mendengar alunan al-Quran, tiba2 ayah bersuara sambil memandang tepat ke wajah ku. Apa kata ayah? “Ayah harap sangat cucu ayah nanti ada yg hafal al-Quran.”

Aduh, besar harapan ayah ku. Tp aku pun pelik jugak kenapa ayah memandang wajah ku bukan ke wajah kak lina yg dah ada 3 anak atau kenapa tidak meluahkan harapan nya kpd kakak2 ku yg sedang melayari bahtera rumah tangga.

tp, aku yakin, mesti ada meseg yg nak disampaikan ayah kdp ku.. aku akui, itulah harapan mak dan ayah ku buat ku. insyaALLAH akan ku cuba penuhi impian mereka.

Saban hari. ketika sujud ku aku berdoa agar ALLAH mengurniakan aku anak2 yg soleh untuk meneruskan perjuangan ini. Doa untuk mendapat anak2 yg soleh bukan sahaja ketika sedang mengandung, tetapi ia mestilah bermula dari sekarang. Hari ini bukan senang untuk melahirkan pejuang islam even dari rumah sendiri. Aku juga berdoa pd ALLAH agar aku menjadi anak yg solehah kerana aku kena menjadi contoh kpd anak2 ku dan supaya anak yg lahir adalah dari benih yg suci….dan doaku agar bapanya juga adalah dr kalangan anak2 yg soleh wa muslih..ameen.

AkU OrAnG KaMpUNG

AKU ORANG KAMPUNG

Kampung ku banyak mengajar ku erti kehidupan ini. Aku dilahirkan dan dibesarkan di kampung. Kawan2 ku sebelum aku ke asrama adalah org2 kampung. Org2 yg merasai kepayahan dalam kehidupan. Namun, aku bersyukur….keluargaku adalah keluarga yg sederhana. Tidak mewah dan tidak susah, semua keperluan dipenuhi. Emak dan ayah berusaha untuk memenuhi segala keperluan kami. Kami adalh anak2 yg bertuah kerana kalian adalh ibu dan ayah kami.

Ye, kami tidak pernah didik dengan harta. Namun, kami tidak pernah di sekat. Kami didik untuk menghormati orang lain, membantu org lain dan menyayangi org lain. Sekeliling kami banyak keluarga susah. Ada yg kematian suami, ada yg suaminya sakit sejak diawal perkahwinan, ada yg beranak ramai, ada ramai warga tua. Tidak dinafikan, ada yg berada. Namun, berapa ramai yg berada ini merasai kesakitan dan keperitan org2 yg kurang mampu ini?

Aku orang kampung…
Org kampung kaya dengan budi bahasa. Tidak dipandang sahaja pada harta, tp pada akhlak yg mulia.
Aku orang kampung…
Ziarah menziarahi menjadi budaya,
Susah senang rasai bersama,
Dengki mendengki jauh di dada,
Suka dan duka tetap bersama.

Aku bersyukur,
Orang kampung ku mendapat tarbiyyah…
Surau tidak lekang dari kuliah,
Setiap minggu usrah dilaksanakan untuk ibu-ibu,
Tidak ketinggalan untuk para remaja.
Saban bulan pemuda berkelah sambil mendengar ceramah.

Kampungku yang tidak mempunyai bangunan, tetapi membangun dgn insaniah….

MESIN VS RACUN



MESIN vs RACUN
Sebagai persediaan bulan puasa, emak suruh ayah mesin kemuncup2 depan surau dekat dgn rumah kami. Surau tersebut adalah waqaf arwah nenek n atuk ku tersayang. Kalau tak dimesin, kesian jemaah yg datang, gatal badan mereka dan tak khusyuk solat, kata mak.

Aku pun jawab, buat ape susah2 mesin, sembur je racun. Mudah dan senang…..sebulan kemudian baru tumbuh. Kalu mesin seminggu sekali. Kalu hujan pulak, lg cepat kemuncup2 tu tumbuh.

Ape jawab ayah??

Kalu sebulan sekali racun, sebulan sekali jelah dapat pahala. Kalu mesin seminggu sekali, setiap minggu dapat pahala… wah! Malu lagi aku ngan ayah… org muda malas, org tua rajin….=)

MENYAHUT SERUAN AYAH


MENYAHUT SERUAN AYAH!

1 RAMADHAN….

Lebih kurang jam 12 malam menjelang 1 Ramadhan keesokannya, ayah call… sembang punya sembang ngan ayah, makin terasa kehangatan Ramadhan. Kalau kat rumah, sepanjang bulan Ramadhan akan kedengran suara ayah mengumandangkan ayat2 ALLAH. Kami sekeluarga diulik dengan bacaan al-Quran yg dinyanyikan ayah. Sehinnga kami dibuai mimpi, ayah masih meneruskan bacaannya…kami bertuah kerana setiap malam rumah kami diselubungi ayat2 ALLAH dan emak lah org yg paling bertuah kerana telinga emaklah yg paling hampir menjamah ayat2 ALLAH…

Ayah tanya, Ramadhan ni berapa TARGET nak khatam al-Quran? Wah! Tersentak aku….aku terdiam je..tak tahu nak jawab apa. Kalu jawab sebarangan kan tak mampu, berdosa…. Tanpa menjawab, aku tanye ayah balik.. ayah? Ayah kata ikut kemampuan…ingat nak khatam 2 kali, kata ayah. malu aku…ayah yg dah tua, yg asyik batuk2 menjelang umur 60 an pun target 2 kali. Adakah aku yg segar dan sihat, tak mapu kan khatam even sekali?????

Pesan ayah, kalu nak rebut peluang bulan Ramadhan kena jaga kesihatan..kalu sakit mcmn nak solat tarawih dan macam mana nak baca al-Quran. Tengok Rasulullah dan shabat2..bulan puasa mampu berperang…..

KU CUBA SEDAYA PENUHI SETIAP PERMINTAAN..

Mengimbau kembali khdpn ku semester yg lalu.... aku bukanlah yg terbaik, aku tidak mampu untuk penuhi setiap permintaan org2 di sekelilingku, namun ku cuba sedaya yg ku mampu....





Kali ini ana nak berkongsi sedikit ape yg ana telah lalui sepanjang lps sbg seorg insan yg kerdil lg hina... sekadar untuk tatapan shbt2. kalau ada yg baik, ambillah sbg pengajaran, kalau yg tak baik buang lah jauh2 & jdkn sempadan…=)





ku jua remaja, ku jua mempunyai keluarga, ku jua seorg pelajar, ku jua seorg anak, ku jua seorg adik, ku jua seorng mak saudara, ku jua mempunyai tanggungjwb sbg seorg ketua, ku jua hamba ALLAH...





JANG… JANG…..oh, jang…





“Salam, meeting GYDP di Bilik Mesy Kenanga……” Mpp- Farid.
“Salam, meeting Tabung Amanah Kolej. YDP wajib dtg….” P.pengurus – C.wana
Jemputan ke AGM GPMS…”- Press GPMS.
Jang, c.wana nak jumpa. Datang ofis skarang.” Bgtau seorg JPK.
Kak Jang, mlm khamis ni ada program kat surau, K.jang bg pengisian ye. Tajuk ukhwah.” “Meeting tergempar JPK kul 11 mlm d blk gerakn JPK”. “Maizan,meeting jpk sabtu ni kul 8.30 pg di blk ,messy mawar.” PPP-Cik dijah. “Maizan, budget Program SUMAR tak cukup. Duit short 2-3 ratus jgk..”PPP-En. Rahim. “Maizan, sy nak awak salin semua data ni..” “Maizan, surat kamu bermaslah, byk silap!”. “Maizan, after class trus mai ofis..” “ Kpd YDP kolej, sila……hantar duit tersebut ke bilik e.saiun, bgnn canselori before kul 6 ptg.." "Maizan, senarai sekitariat JPK n LO mcmn?".


"kak, bila JPK storage nak buka?." "maizan, proposals semua dah siap?." "Maizan, untuk anugerah Kolej Cemerlang u kena tau semua benda." “Semua JPK wajib trun aktiviti..” “JPK x blh kluar masuk sesuka hati!” “Maizan, wujudkan cepat kelab IT under Exco Infrms n Multimedia. Kt nak run next week.” "Jang, skuad 5S bermasalah, tak gerak...mcmn?" "Jang, firedrill mcmn?" "Kak, ada budak histeria lg...." "Kak, blh dtg bilik kami skarang?" "Jang, nanti jadi fesi ye..." "Jang, mlm nanti jadi panel forum ye..." "Jang, mlm ni bg ucapan ye untk taklimat pengetua..." "Kak, nati akak kena bg speech jgk untuk voice of league punya program.."








“ Jang, mak tanye bila nak balik? Mak suruh blk maulidurrasul nanti..” pesan kakak ku. “Mak suruh balik ni. Dia rindu sgt doh ni.” Ayah sampaikn pesanan emak. “ Lame tak dengar khbr?” Mak. “Knp lmbt telefon ayah?” tanye emak. “Adik dah lupe kakak ke?” sindir kakak ku pedas. “Weekend ni balik seremban..” arah kakak ku. “Jang, jang..ooo jang…mane adik aku sorang ni???” meseg dr k.ina. “Jang, knp k.ja call xdpt?” tanye kakak ku dgn kecewa. “Assalamualaikum, jang…watpe tu?” call kakak aku sewaktu aku kelam kabut nak g meeting. Lantas aku menjwb “Alamak, k.ina,jang nak g miting ni, dah lewat.” Dgn hrpn k.ina fhm maksudku. “Hmm, oklah, I love you!” jwb kak ku ringkas.Dgn pantas aku menjwb “ Ok, love u too!”. Call ended. Alhamdulillah, kakak ku faham…rasa syukur tak terhingga kpd Mu Ya ALLAH.. “Jang, abang trun shah alam hujung minggu ni. Jom main bowling..” ajak sepupuku yg memang rapat dgn aku dr kecil. “Jang, adam mustaqim(anak buah aku yg baru lahir) dah besar.” Gtau kakak iparku.


“Jang, jom kluar ptg ni.”
Zila, classmate aku. “Jang, jang dah lame tak kluar dgn ktorg.” Kata Azi (classmate aku) dgn muka merajuk. “Jang, jom shoping?”. “ Jang, weekend ni ari sabtu, kita jumpa kat kl ye. Kwn2 UKM Zira, aini, dija ada skali.” ajak Mah (best friend aku sejak sekolah. Aku ngan dia dah mcm adik-beradik). Aduuh, bgmn aku nak menolak ajakn Mah ni.. "Jang, hujung minggu ni 7 Mac kita g picnic ye, dgn anis, mia, zila, kak din dll.jang join tau…” pujuk iza (classmate aku) “Jang, jang kne dtg jugak meeting PMFP(persatuan fak aku). Klu tak ktorg terasa hati giler.. “ pujuk exco PMFP jg kwn baik aku.

“Jang, jumpe kat TESL square kul 12. tq..”
group work member. “Jang kita trun sekolah dlm minggu ni tau.” “Please be informed that dis evening we r going to have TSL 591 test.” “Online discussion this week..” “Jang, jangan lupa 3 tests n 6 assignmnents kne submit minggu ni..”pesan kwn aku. “Jang, x lupe cari 3 journal dlm buku, 2 dlm internet.” “Jang, micro teaching?” “Jang, written report dah settle?” “Jang power point dah settle..?” “Jang folder jang ilang, byk sgt virus”. "Jang, result kena maintain coz kita kena jd contoh kpd masyarakat.."

“Kak jang, kami x kuat tanpa kak jang..” “kak jang, kami perlukan kak jang.” “kak jang, jangan tinggal kan kami..."Ini semua kata2 adik2 ku JPK yg aku sayang lebih dari diriku. Yang byk membantu ku dan merakalah tulang belakang ku... "kak jang, jumpa kat surau mlm ni tau.."






Bagaimana anak2 buah ku di rumah...?"Ajang, bila ajang nak balik?" "Ajang, nanti ajang balik, ajang ajar acik matematik ye." "Ajang, angah buat hal lagi. kami perlukan jang untuk nasihat angah." Hampir setiap hari ku tatap gambar2 mereka, inilah harta kami....harta ku...doaku agar mereka membesar menjadi anak soleh, solehah...walaupun aku tidak mampu bersama2 mereka seperti yg diharapkan.... "Nanti ajang balik, acik, awa, kakak, kak ngah dan adik suma nak tidur rumah tok, ngan ajang..."Aduh, sakit nya jiwa ku lantaran rindu dan sayang yg membuak kpd anak2 kecil ini...





MAK, AYAH, KAKAK2 DAN ABANG2 KU, ANAK2 KU, ADIK2 KU, SAHABAT2 KU... AKU MILIK SEMUA ORANG, AKU JUA MILIK ALLAH...AMANAH YG DITERIMA OLEH NABI ADAM DAHULU, ITULAH JUA AMANAH YG PERLU KITA TERUSKAN....DAN AKU ADALAH INSAN BIASA, TIDAK MAMPU UNTUK MEMENUHI SETIAP PERMINTAAN KALIAN, NAMUN, INSYAALLAH, KU CUBA SEDAYA KU MAMPU KERANA AKU JUA MILIK KALIAN....





YA ALLAH, AKU BERSYUKUR PADA MU KERANA INSAN2 INI LAH YG MEWARNAI HIDUPKU.... MENJADIKAN HIDUPKU LEBIH BERHARGA. DAN MENJADIKAN HIDUP KU SENTIASA TENANG KERNA KU YAKIN DGN JANJI2 ALLAH.. DAN KU BERAZAM DGN PERINTAH RASULULLAH UNTUK MENJADI MANUSIA YG BERMANFAAT KPD ORG LAIN.....








SIAPALAH AKU??

YA ALLAH...
AKU MERINDUI MU…
YA ALLAH, JANGANLAH ENGKAU BIARKAN KU SENDIRIAN..
AKU TAKUT. YA ALLAH…
AKU TAKUT…
BANYAKNYA DOSAKU PADA MU….
AKU BIMBANG..
ADAKAH AKU BENAR2 INGIN BERJUANG KERANA MU…
AKU TAKUT…
TAKUT…
SIAPALAH AKU DIPANDANGANMU…SIAPALAH AKU…
AKU BANYAK DOSA…
JIWAKU KOTOR…
HATIKU KOTOR…
PENUH DGN DOSA2 DAN NODA…
KADANG2 AKU TEWAS…
TEWAS DLM MENGHADAPI SEMUA INI…

YA ALLAH…
ADAKAH AKU BENAR2 MUSLIMAH
YANG MERINDUI MU
ADAKAH AKU BENAR2 PERMATA AGAMA?
ADAKAH AKU BENAR2 PEJUANG AGAMA MU?

YA ALLAH…
AKU MALU…AKU MALU…
SIAPALAH AKU DI PANDANGANMU?
ADAKAH HANYA AKU YG MENGGELARKAN DIRIKU PEJUANG AGAMAMU
SEDANGKAN ENGKAU MELIHATKU SAMA SEPERTI ORANG LAIN…
ATAU MUNGKIN LEBIH TERUK DARI MEREKA…
YA ALLAH…
SIAPALAH AKU???

YA ALLAH…
JIWAKU MERINTIH…
JIWAKU KESAKITAN…
JIWAKU MERINDUI MU…
ALLAH…
ALLAH…
PANDANGLAH AKU…
AKU MERINDUI MU…
AKU TAHU AKU TIDAK LAYAK UNTUK MENDAPAT KASIH SAYANG MU…
TP, AKU RINDUKAN MU YA ALLAH..

AKU RINDUKAN SAAT AKU MERASAI KEHADIRANMU DALAM SUJUDKU..
AKU MERINDUI SAAT AKU MERASAKAN ENGKAU BERSAMA2 KU DI SETIAP LANGKAHKU…
AKU MERINDUI SAAT AKU MERASAKAN AKULAH HAMBA YG HINA APABILA MENIKMATI REZEKI DARI MU….
AKU MERINDUI SAAT AKU MERASAKAN KASIH SAYANG MU, APABILA AKU MENYAYANGI IBU BAPA DAN SAHABAT2 KU…
AKU MERINDUI SAAT AKU MERASAI KEHADIRAN RASULULLAH DI SISI KU…
AKU MERINDUI SAAT AKU BANGUN, SUBUHKU PENUH KECERGASAN SEBAGAI SEORANG MUJAHIDAH…

DULU AKU MENIKMATI SEMUA ITU….
TP SEKARANG…AKU HAMPA…AKU RASA AKU TIDAK KENAL SIAPA AKU…DIMANA AKU YG SEBELUM INI???
AKU TERASA JAUH…
JAUH DGN MU…
JAUH DGN RASULLULLAH…
ADAKAH AKU TERASA SELAMAT APABILA BERADA DI SAMPING SAHABAT2 YG KU KASIHI KERANA MU??
ADAKAH AKU MELUPAKANMU, YA ALLAH???

AKU MALU….
MALU….
AKULAH DA’I YG JAUH DGN RABB KU…
ADAKAH LAYAK UNTUK AKU MENGGELARKAN DIRIKU SORNG DA’I…

YA ALLAH…
HATI INI HITAM MENGENAGKAN DOSA2 YG KU LAKUKAN…
YA TUHAN KU YG MAHA KUASA…TERIMALAH TAUBAT HAMBA MU INI….
KU AKUI KELEMAHAN DIRI..
KU INSAFI KEKURANGAN INI…
KU KESALI KEJAHIALN INI…
KU RASAI KEPERITAN INI..
KU RASAI KESAKITAN INI….
TAK TERTANGGUNG LAGI RASANYA…

YA ALLAH,
TEGUHKAN IMAN KU DAN SAHABAT2 KU…
HIASILAH IMAN KAMI…
PASAKANLAH IMAN YG TEGUH DLM HATI KAMI..
JADIKANLAH KAMI DIKALANGAN ORG2 YG BERIMAN
DAN BERAMAL SOLEH..

YA ALLAH..
RINGANKALAH ANGGOTA KAMI UNTUK MELAKUKAN IBADAT KPD MU…
IKHLASKANLAH HATI KAMI…DAN TERIMALAH AMALAN KAMI…

YA ALLAH..
PERELOKKANLAH AKHLAK KAMI
SEPERTIMANA ENGKAU MEMPERELOKKAN WAJAH KAMI…
HIASILAH KAMI DGN AKHLAK2 MAHMUDAH…AKHLAK2 SEORANG DA’I…

YA ALLAH…
ENGKAU PIMPINLAH HATI INI…
SETIAP SAAT DAN SETIAP DETIK..
JANGANLAH ENGKAU BIARKAN KAMI WALAUPUN HANYA SEDETIK…

DAN YA ALLAH, AMPUNKANLAH SEGALA DOSA2 KAMI YG TELAH, SEDANG DAN AKAN KAMI LAKUKAN…
TERIMALAH…TERIMALAH…
TAUBAT HAMBAMU INI…

Ameen, Ya Rabbal Alamin…


"Ya Allah, kurniakanlah ke atas ku ketenangan, dan tetapkanlah
pendirian ku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan
tabahkanlah hati ku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"… Zainab al-Ghazali