~aDAkaH tIDaK ReDha????


ADAKAH TIDAK REDHA??

Merentasi kembali apa yg dilalui sepanjang liku2 kehidupan ini..membuatkan ku terfikir, aku hanyalah seorang HAMBA… banyak yg kuimpikan tapi byk yg diimpikan tdk dikecapi.. sebaliknya apa yg aku dapat adalah apa yg aku tidak sukai.. apa yg datang byk tdk mengikut perancanganku.. kekadang semua ini membuatkan ku terfikir…adakah ALLAH tidak memahamiku? Adakah ALLAH tidak tahu? Adakah ALLAH tidak adil? Adakah ALLAH tidak mendengar luahan hatiku...? nauzubillah..jauhkanlah aku dari bisikan syaitan..jauhkanlah aku dari tipu daya syaitan yg sgt licik! Ya ALLAH aku berlindung dari kejahatn diriku sendiri dan makhluk2 ciptaanMU…

1. TARGET NAK SEKOLAH AGAMA, DAPAT SBP BIASA
Menerima tawaran tanpa sebarang alasan yg kukuh untuk menolak, aku terima tawaran ke S.M Sains Kuala Terengganu (SESTER). Walaupun dgn hati yg berat kerana ingin ke sekolaha agama, ku lalui dan tempuhi jua kehidupan di bumi SESTER. Meskipun ramai kawan2 terutama kwn2 tg rapat yg ke KISAS, hanya aku dan beberapa yg lain ke sekolah bukan agama. Hati bertambah hancur bilamana bestfriend sendiri ke Maahad Tahfiz. Impian tuk menjadi ustazah jgk hancur.

Setelah menjejak kan kaki ke bumi ini. Aku mula mengenal erti kehidupan. Banyak pengalaman yg kukutip mendewasakan aku. Alhamdulillah, disini juga mengajar ku tuk menjadi seorang DA’IE. Aku dilantik menjadi NAQIBAH.memegang group usrah yg diadakan setiap hari jumaat di surau. Walaupun bukan sekolah agama, biah islamiyyah disini mempu membentuk iman dan akhlak ku. Aku bahagia. Aku tenang dgn shabat2 yg byk membantu ku. Yg byk menyokong serta membimbingku.. terima kasih, sahabat2 jua Cikgu Jamil yg byk mendidik ku dgn kalamullah…

Kehidupan yg mengejar kejayaan dlm akademik seimbang dgn akhirat membuatkan kehidupan ku terarah.. mempunyai matlamat yg jelas sejak dibangku sekolah. Persaingan yg sihat dlm akademik jgk memotivasikan diri ini tuk berjaya. Khuzaimah, Aisyah, adik emilda, Ain, Ayu, Sya dll byk membantu dan mendorongku tuk berjaya dlm akademik.. terima kasih semua..


2. TARGET NAK MASUK UIA, DAPAT UiTM
Dapat UiTM??? Hmm..ape kelas uni ni? Alaa, nak masuk UIA.. UiTM tu dlm rankig yg paling last dlm hidupku.. begitu rendahnya pandangan ku terhadap UiTM.. byk sgt omokan –ve trehadap UiTM. Namun, tawaran diterima krn tiada sebab yg kukuh tuk menolak.

Alhamdulillah, UiTM membuka ruang yg sgt luas kpd ku tuk improve diri, mendapat pengalaman memimpin pelajar. Peluang yg dibuka luas untukku koreksi diri tidak mampu ku beli dimana2. memimpin pelajar sehingga mampu menjejakkan kaki ke luar negara mana mampu membentuk diri supaya lbh yakin berhadapan dgn masyarakat, didedahkan bgmn tuk menyelesaiakn masalah2 yg pelbagai, mengajarku bgmn tuk berhadapan dgn pelbagai karenah manusia dan yg paling bermakna buatku mendidik diriku untuk menkadi CONTOH kpd masyarakat kampus agar mudah didampingi serta membuka mata pelajar bahawa dimana pun kita berada yg penting prinsip kita kena tetap teguh agar tidak mudah dibawa arus ombak yg ganas.

Disini jua aku mengenali ramai insan2 yg sgt istimewa dlm hidupku. Yg mengajarku erti kehidupan. Yg mematangkan aku serta membimbingku kearah matlamat hidup yg lbh jelas.


3. TARGET NAK COUSRE MEDIC, DAPAT TESL
TESL? Aduuh! I hate English, how I’m gonna learn this?? Huh! I’m tired of this life!!! apa tidaknya..kawan2 yg lain ramai ambik medic, fisio, dentist, dan ramai yg g overseas.padahal result PMR, SPM aku lbh kurang je ngan diaorg.. ALLAH hu rabbi……adakah usahaku sia2 selama ini? seolah2 aku berputus asa dgn rahmat ALLAH swt.. Ya ALLAH, ampuni dosa2 ku.. tp aku hilang semangat tuk belajar. Impianku seolah2 hancur! Lebur! Argh!! Sakitnya jiwa ini.. sakitnya Hati ini. Impian mak dan ayah serta keluarga tuk melihatku menjadi seorg doctor hancur begitu shj… mendapat tawaran medic di Indon, tp atas sebab2 yg kukuh terpaksa kulepaskan tawaran itu….. =(

Namun, perancangan ALLAH siapa yg tahu?? Tiada siapa yg dapat menjangka..kulalui..ku teruskan kehidupan walaupun pahit tuk ditelan. Menerima sesuatu bukan dgn hati yg rela, memang pahiT!!!! Apatah lagi pelbagai kelompongan serta kekurangan yg aku nampak. Mana mungkin manisnya hempedu yg pahit???

Walaubagaimanapun, jika kita dekat dgn ALLAH.. tatkala itu kita akan merasai kehadiran NYA dlm diriku… siang dan malam aku mengadu padanya.. jika ini yg terbaik tuk ku, aku mtk ALLAH teruskan..jika sebaliknya, aku mtk ALLAH aturkan segala yg terbaik tuk ku… alhamdulillah, kini sudah berada pada tahun akhir.. beberapa bulan je akan habis. Syukur..aku terpilih tuk menerima BIASISWA yg hanya beberapa org shj yg dpt dlm fakulti aku dan aku berpuas hati dgn result2 yg diperoleh setiap semester serta aku nampak matlamat aku berada dlm course ini. Terima kasih ALLAH………………..

Lihatlah, perancanagn ALLAH swt sangat teliti kan. Semua yg aku tak suka, sebenarnya ALLAH lbh tahu. Hebat kan perancangan ALLAH.. Ayat2 ALLAH byk mengajarku tuk tabah dan kuat.. antaranya:

1. ali-imran : 109
“dan milik ALLAH apa yg ada dilangit dan apa yg ada dibumi, dan hanya kpd ALLAH segala urusan dikembalikan.”

2. yusof: 87
“Dan janganlah kamu berputus asa dgn rahmat ALLAH, sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat ALLAH kecuali kaum yg kafir.”

3. ghafir: 60
“Berdoalah kpd Ku nescaya akan ku perkenankan.”

4. at-taubah: 51
“ Katakanlah tidak akan menimpa kami melainkan apa yg telah ditetapkan ALLAH untuk kami. Dialah pelindung kami dan hanya kpd ALLAH org2 yg beriman harus bertawakkal.”

5. al-Baqarah: 153
“hai orang2 yg beriman, jadkanlah sabar dan solat sbg penolongmu. Sesungguhnya ALLAH bersama2 org2 yg sabar.”

Tatkala resah, gelisah dan gundah gulana, ayat2 dan kalimah2 ALLAH mampu menaikkan kembali semangt ku untuk menerusakn kehidupan ini…. Taqwa dan Tawakkal serta keyakinan dgn janji2 ALLAH adalah kunci ketenangan ….

“BARANGSIAPA YG MENGERJAKAN AMAL SOLEH, BAIK LELAKI MAHUPUN PEREMPUAN DLM KEADAAN BERIMAN, MAKA SESUNGGUHNYA AKAN KAMI BERIKAN KEPADANYA KEHIDUPAN YG BAIK DAN SESUNGGUHNYA AKAN KAMI BERI BALASAN KPD MEREKA DGN PAHALA YG LEBIH BAIK DARI APA YG TELAH MEREKA KERJAKAN.” (AN-NAHL:97)