~FREEDOM


Oh, GOD...

we know you hear our call....

Oh, GOD...
thank you...for giving us strength to..

I like this song very much=)


video

if all the Palestinians died with Iman and jihad...how about us?
if they found very hard to practice Islam, yet they are still strong....what about us?

Oh, ALLAH.....
i hope and i pray to be as strong as them....insyaALLAH...

Ujian Itu Indah Bila Kita Kembal Kepada DIA

Penat sungguh menghadapi semua ini.... hati ku tidak lagi larat untuk menanggung smua ini... fizikal ku penat...jiwa dah perasaan ku tdk bisa lagi megharungi smua ini..air mata ku sudah beku, peluh ku sudah kekeringan...di luar waras akal fikiran ini, smua ini terjadi...tidak mampu hendak diluah dgn kata-kata...

air mata ku mengalir laju saat menerima SMS dari seorang sahabat:

"Kekadang hati merintih derita,
jiwa menangis sedih,
akal mengeluh letih.
namun hakikat hidup tidak akan berubah,
yg perlu diubah adalah diri yg menghadapinya.
Hati memilih jalan,
akal memulakan langkah,
dan iman meluruskan arah....
mg kasih sayang ALLAH bersamamu....
All da best 4 everything....."


alhamdulillah....syukur ku kpd ALLAH swt krn masih ada yg memahami saat hati ini merasakan tiada sesiapa yg memahami ku selain ALLAH swt...

saat diri ini jatuh kepenatan, kalimah2 ALLAH menjd motivasi untuk ku terus melangkah dgn berani demi ALLAH, Rasul dan Islam serta demi insan2 yg kusayangi..bonda tercinta serta keluarga.... ayat2 ini kupegang erat2:


(al-mulk:2)


"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)."

(al-hadid :20):

"Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan hiburan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu, serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak."


(al-ankabut:2-3):

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."


kemana harus ku bawa diri ini? kepada siapa harus ku mengadu?????

dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud :

"Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."


dan firman ALLAH swt lagi:

(Al-Mu'min:60)

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."


lantas setiap kali hati ini gelisah dan fizikal begitu penat, sejadah menjadi tempat yg paling indah serta mengadap Mu Ilahi adalah saat yg paling manis...

terasa aliran kasih sayang ALLAH swt ke dlm diri dan rindu kepada baginda Rasulullah makin membara bilamana terkenangkan apalah sangat ujian ini berbanding ujian kpd baginda dan para sahabat...

~di adaptasi dari sebuah kisah kehidupan Maryam.


UKHTI SABILIK ILA JANNAH


MAWAR-MAWAR

kuntum pertama:
ingatlah bahawa Tuhan akan mengampuni orang2 yg memohon ampun dan menerima taubat atas mereka yg bertaubat serta menerimanya kembali.


kuntum kedua:

sayangi oleh mu org yg lemah, nescaya engkau akan bahagia. penuhilah hajat yg memerlukan, nescaya engkau akan disembuhkan. dan janganlah engkau bawa kebencian, nescaya engkau akan dilindungi.

kuntum ketiga:
berharaplah engkau kpd ALLAH, sesungguhnya ALLAH bersama Mu. para malaikat memohon keampunan untuk mu dan syurga sedang menanti mu.


kuntum keempat:
hapuslah air matamu dgn berbaik sangka kpd ALLAH swt. dan tolaklah segala duka dgn mengingat akn segala nikmat yg telah diberikan kdp mu.

kuntum kelima:
jangan engkau mengira bahawa sesungguhnya di dunia ini ada org yg diberi kebahgiaan yg sempurna, maka tdk seorang pun boleh mendapatkan apa yg diharapkan dan terlepas dr kesalahan.

kuntum keenam:
jadilah engkau seperti pokok kurma yg tinggi cita2 nya, jauh dari penderitaan, apabila dibaling dgn batu, ia menjatuhkan buah yg manis.


kuntum ketujuh:
adakah engkau pernah mendengar bahwasanya kesediahan itu dpt mengembalikan apa yg telah berlalu, dan bahawasanya duka itu yg dpt membaiki kesalahan, maka mengapa mesti bersedih dan bimbang?

kuntum kelapan:
jangan engkau tunggu datangnya cubaan dan bencana tetapi tunggulah kedamaian dan kebaikan jika ALLAH mengkehndaki.

kuntum kesembilan:

padamkan oleh mu api kedengkian dari dadamu dgn memaafkan semua kesilapan yg pernah dilakukan oleh manusia.

kuntuman mawar kesepuluh:
mandi, wudhu', solat , menggunakan wangian yg berpatutan, dan bersiwak secara teratur merupakan ubat yg berkesan untuk segala kekeruhan dan kesempitan....

~diadaptasi dari buku 130 tips menjadi wanita yg paling bahagia...

'Ya ALLAH...
perbaikilah untuk ku agamaku,yg merupakan penjaga urusanku..
perbaikilah untuk ku duniaku,yg merupakan tempat penghidupanku..
perbaikilah untuk ku akhiratku,yg merupakan tempat kembaliku..
dan

jadikanlh kehidupan ini sbg tambahan untk ku dlm setiap kebaikan&jadikan kematian itu sbg tempat instirehat untuk ku dr setiap kejelekan&murka MU..' ameen....

JanGan KitA MenJaDI FiTNaH!!



Sudah menjadi fitrah sang lelaki ingin bergelar seorang suami...
sang wanita ingin bergelar seorang isteri....
dan ingin disayangi dan menyayangi....


Namun, apakah matlamat perkahwinan?
harus diteliti dan difikirkan kembali......

Jika tidak, anak2 akan menjadi mangsa...
kerana atas dasar cinta semata.....
belum menjamin kebahagian....

jua matlamat semata tanpa ilmu,
tdk membawa keluarga itu ke gerbang syurga...

Jangan mudah melafazkan cinta....
Jangan mudah melafaz sayang...

sabar lah wahai remaja, adik2 dan sahabat2..
bila tiba saat itu, barulah yg haram menjadi halal buatmu..
jangan mudah terpedaya dgn kata2 yg diselubungi nafsu meskipun ia nampak halal dan baik kerana syaitan itu sgt licik..menipu manusia...
matlamat tidak menghalalkan cara

jadi,
kembali lah kepada

BERCINTA SELEPAS KAHWIN

dan

TUNGGULAH SAAT YAKIN TELAH TIBA DAN SAAT BETUL2 SUDAH BERSEDIA....

jangan

BERMAIN DENGAN API PERCINTAAN KELAK IA AKAN MEMBAKAR DIRI DAN HATI......

yakinlah dgn janji ALLAH...

LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YG BAIK DAN PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK...

lantas...

PINTALAH KPD ALLAH BUKAN KEPADA MANUSIA

kerana...

HATI MANUSIA MILIK ALLAH SWT.....

ingat!!!!!
JANGAN MUDAH TERPEDAYA DGN SYAITAN..
TERUTAMA KITA YG SUKA SUKA ME'ISLAMIC'KAN NYA AGAR NAMPAK BAIK.....

---------------------------------------KEBERKATAN-----------------------------------

~SELAMAT DATANG WAHAI SAUDARAI KU~


Selamat datang saudariku...

Yang sentiasa mendirikan solat dan puasa dgn taat dan penuh khusyu'.


Selamat datang saudariku...

Yang sentiasa memakai hijab, merasa malu, menjaga maruah serta keteguhan hati.


Selamat datang saudariku...

Yang sentiasa belajar dan menelaah dgn penuh kesedaran dan kejernihan hati.


Selamat datang saudariku...

Yang sentiasa menepati janji, dapat menjaga amanah, jujur dan dapat dipercayai.


Selamat datang saudariku...

Yang sentiasa sabar, bermuhasabah dan bertaubat.


Selamat datang saudariku...

Yang sentiasa berzikir, bersyukur dan berdoa.


Selamat datang saudariku...

Yang mengikuti jejak langkah Asiyah, Maryam dan Saidatina Khadijah sbg contoh teladan.


Selamat datang saudariku...

Yang membimbing para pejuang dan mengkaderkan jundullah.


Selamat datang saudariku...

Yang sentiasa menjaga nilai murni, dan memelihara teladan.


Selamat datang saudariku...

Yang sentiasa berasa takut dan menjauhi dari apa-apa yang diharamkan oleh ALLAH...

~dipetik dari:

130 TIPS MENJADI WANITA PALING BAHAGIA DIDUNIA

smg kita menjadi wanita yg paling bahagia didunia dan akhirat....insyaALLAH....

~sMG DiA JuGa IslAm

hmm...biasanya setiap kali sblm balik dr trenggnu ke s.alam, sy akan meseg dulu kawan2 di s.alam tuk mtk tlng ambil di bus station. tp, entahlah kali ni mcm malas nak susahkan shbt2...kot2 klu sampai awal..boleh rehat kat surau dulu. klu sampai lewat boleh trus call sape2 mtk tlng ambik...

ditakdirkan ALLAH swt pagi tu bas sampai awal sgt2...sblm pukul 5pg. hmm..surau pun belum buka lagi..geram jugak,kenapalah surau pun nak tutup...tp, think positive...teringat tagline ngan che ngah. setiap kali nak marah, tepuk dada dan kata "sabar ye sayang' sambil senyum... alhamdulillah, setakat ini berkesan...

hmm...pastu duduk2 lah kat bust stop. nak call ke tak sahabat2 ni..kesian plak kat diorg...try je lah..tp, alhamdulillah xde yg angkat... senyum dan think positive, pasti ada hikmahnya...

mcmn ye, nak tunggu kat sini mcm bahaya...pagi2, sorang2 plak tu.. okay lah, naik teksi... "pak cik, nak teksi boleh?".. tetibe pak cik india datang...alamak, takutnya....knp pak cik melayu tu x datang. aduii...hmm...xpelah, ALLAH kan ada. insyaALLAH....selamat dgn ALLAH swt....

bismillahirrahmanirrahim......
dgn lafaz itu, sy masuk ke dlm kereta. punyalah takut, sy diam je... tapi bile fikir balik, ish uncle ni pun MAD'U aku....ok,peluang ni mesti diambil..

"Hmmm, uncle duduk mane?"... tanya ku.
"sy duduk syeksyen 20.. dari pukul 4 pg td sy tunggu awak org pertama sy bwk hari ini.pagi2 sy bangun mandi dan sembahyang." kata Uncle.
"Owh, ye ke... hmm...bgs nya Uncle.."..jawabku.. sembahnyang? uncle ni Islam ke?
hmm...sy pun lihat kiri kanan, depan belakang nak tengok kot2 ada sign menunjukan uncle ni agama apa. tetiba nampak nama dia...x jelas, tapi nampak anak lelaki... hm, uncle bukan islam rupanya.. xpelah...
mcmn nak tarik hati uncle ni ye.....

"Uncle umur brape?"tanya ku memulakan kembali perbualan...
"Sy umur 62..dah tua..."
"Owh, sebaya dgn ayah saya.."
"oh, ya? ayah kamu kerja apa?"
"ayah saya kat kampung je, berniaga..."

.....panjang perbualan nya.........

setelah sy sentuh hatinya. dia bercerita tentang anak2 perempuan nya dan keluarganya, sy terus berfikir macamana nak gtau pasal Islam ni.aku wajib gtau ni...

hah,dah dpat idea....

"Uncle, esok thaipusam kan? uncle x sambut ke?"
"hah, btul..tak, sy x larat nak pergi sana. ramai sgt org."
"owh, ye ke... uncle, apa tujuan pecahkan kelapa ye uncle?"
"owh, pecahkan kelapa tuk bersiahkan hati...bila kamu pecah kelapa, isinya putih kan. itulah ibaratnya hati yg bersih.."

subhanallah.....
setiap org sukakan kebaikan..fitrahkan....

"Owh...ye ke.... uncle,..." belum sempat sy sambung
"saya ada niat jugak nak masuk islam...tp sy dah tua." kata uncle

alhamdulillah, Ya ALLAH...syukur ku tak terhingga....
"Ye ke, uncle....alhamdulillah" kata ku..tiada ucapan lain yg mampu aku lontarkan..
"Uncle, uncle sgt beruntung kalau uncle masuk Islam skarang. Uncle kurang dosa, mcm sy dah byk dosa yg sy lakukan."
"owh, ye ke... sy fikir sy dah tua. masuk islam pun xde ape2."

---sembang punya sembang ngan uncle, akhirnya sampai di rumah---

pesan uncle, "kamu jaga diri baik2 ye.."

"insyaALLAH, uncle." jawabku sambil tersenyum.

"mudah-mudahan (sambil mengangkat tangan ke langit) dgn bertemu kamu di pagi hari ini memudahkan sy tuk masuk islam dan terbuka pintu hati sy." ucap uncle dgn penuh ikhlas.

allahuakbar!!!
hampir menitis air mata ku... Ya ALLAH, Engkau permudahkanlah uncle tuk bersama2 menikmati keindahan agama MU ini.....

dengan bersungguh-sungguh aku menjawab

"insyaALLAH, uncle... ameen..ameen...ameen, Ya ALLAH."

smg aku bertemu dgn unlce di akhirat nanti dlm keadaan dia dan isterinya Islam...

doakan ye.. ameen...

~MeniTi KeHiduPan~

Meniti kehidupan yg tiada kepastian....
yg tdk pernah menjanjikan apa2..krn itulah hakikat seorang hamba.. dan hikmah rukun Iman iaitu BERIMAN KPD QADA' DAN QADAR...

hakikat seorang hamba yg lemah, yg kerdil dan hina serta mempunyai keterbatasan yg tdk mungkin ditembusi. pandangan mata kasar dan pandangan hati yg tdk bersih sering menipu. namun, kadang2 persoalan yg ditimbulkan kenapa jadi begini? knp ini terjadi?kenapa dan kenapa? seolah-olah tiada redha dlm diri. padahal nikmat dan anugerah ALLAH swt terlalu banyak. mengharapkan sesuatu yg sempurna? mengharapakn sesuatu yg senang?mana mungkin krn diri in terlalu lemah dan seorang hamba yg lemah, kerdil dan hina disisi Rabb ku...

namun, keyakinan yg sebenar2 bahawa kehidupan ini adalah ketentuan ALLAH swt dan dibawah penguasaannya krn DIA adalah pencipta sekalian makhluk.mana mungkin ALLAH swt dgn zatNYA yg Maha Mengetahui tidak tahu apa yg terbaik tuk hamba yg diciptakanNYA..

oleh itu, mungkin kita yg merasakan kita yg membuat pilihan dan menentukan kehidupan kita sebenarnya ALLAH Maha Mengetahui dan Maha Adil meletakkan sesuatu pada tempatnya. krn ALLAH swt itu Maha Berkuasa yg setiap aturan dan perancanganNYA adalah yg mutlak yg tiada sesiapan pun boleh mengubahnya.

oleh itu, kita sbg hamba perlu YAKIN dgn spenuh hati dengan janji2 ALLAH swt beserta dgn doa sbg senjata utama krn KITA ADALAH INSAN YANG MEMERLUKANNYA.....

THINK +VE dan BERSANGKA BAIK dgn ALLAH SWT

DOA senjata kita dan kekuatan kita.... krn kita yakin bahawa ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MAHA ADIL......