-BERAYA DI PULAU KAPAS-



BERAYER DI PULAU KAPAS…
Entah macam mana tahun ni kami tersesat beraye kat pulau kapas..dapat kakak2 &abang2 suka travel, adik ikut je..hehe Hari raye ke 3 kami tempah boat dan hari raye ke 5 kami sekeluarga berangkat ke sana. penuh satu bot.. hmm, best jugak time2 raye g melancong coz x ramai org. terasa mcm pulau tu kita punye...hehe Nak mandi kat mana sume on coz org xde.. tp sedih teringatkan 'abang yang' tak dapat cuti, beraya di Pahang=( ....sabar ye 'abang yang', next year kita raye sama2...kesian mak, asyik sebut anak lelaki dia je. tak pe mak, kita naik bot dulu ye...hehehe

sewaktu snorkeling, jelas betapa agungnya ciptaan ALLAH dan betapa Maha Indahnya ALLAH swt.. di dasar laut, beribu2 jenis binatang yg pelbagai warna, bentu dan saiz. tak tergambar akan hebatnya ALLAH... Subhanallah, Allahuakbar...!




ditakdirkan ALLAH, dlm perjalanan pulang kami terserempak dgn bot2 nelayan yg berada ditengah2 lautan dan ada yg berada di pinggiran pantai untuk berlabuh. Sebelum ini tahu makan je ikan yg dibeli emak& ayah, tp bila tengok bot2 tersebut dilambung ombak tidak terbayang diminda bagaimana ikan2 itu dapat dinaikkan dari dasar laut ke dalam bot nelayan..perih dan jerih pengorbanan nelayan untuk membela anak2 dan isteri. Terasa syukur tak terhingga atas nikmat-nikmat MU YA ALLAH yg Engkau anugerahkan buat aku dan keluargaku tercinta.... Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.........




kak ja, dengar cerita kak long, kak lina& kak ta kata next destination cuti sekolah ni c____? betul ke???hehe


…SEMUANYA KETENTUAN ALLAH…


…SEMUANYA KETENTUAN ALLAH…
Alhamdulillah, 18.6.08 tahun lepas kakak ku yg ke-4 selamat diijabkabulkan dgn Abg.sepul atau nama penuhnya Mohd Saiful Lizan org Pendang, Kedah. Officemate kakak ku..huhu Welcome to our family, my great brother in law. Setakat ini ayah ada 4 menantu dan nampaknye abg Sepul manantu kesayangan ayah..huhu Ape tak nye setiap kali balik kampung mesti pergi memancing sama2 ngan bot ayah.. Suka bukan main ayah dapat menantu sama hobi ngan dia.. alhamdulillah.. syukur pada ALLAH, at least ada jugak org teman ayah g memancing sekali sekala. Dulu2 mak dan anak dia sorang ni pernah jugak ikut…tp skarang?hehe

Namun, takdir ALLAH menentukan segala2 nya. Hampir 2 bulan kakak ku mengandungkan anak sulungnya, dia miscarry. Terkejut kami sekeluarga coz xpernah ada lg family kitaorang yg keguguran. Sedih, pilu…semua ada… namun, itulah hakikatnya..semuanya milik ALLAH swt. Hidup, mati, nyawa, badan kita, wang, harta semua nya milik DIA. Kita hanya menumpang dibumi ALLAH ini untuk mencari bekalan untuk ke dunia sana yg kekal abadi.

Aku doakan kakaku( kak maliza) dan abang sepul bahagia dunia dan akhirat. Dan akan mendapat anak2 yg soleh dan solehah yg dapat membantu mereka di dunia dan akhirat kerana harta yg kekal menemani di kubur antaranya doa anak yg soleh. Selain dari itu adalah sedekah jariah dan ilmu yg bermanfaat. Aku yakin mereka tabah dan kuat menempuh kehidupan….



...LUAHAN HATI EMAK & AYAH…
Satu petang, aku, ayah, mak, kakak2 ku (kak lina dan kak ta) sedang asyik menonton tv. Pertandingan hafazan al-Quran tv 1. jarang2 org suka tengok tv 1 ni. tp inilah favorite channel mak&ayah aku waktu petang selain tv 9. banyak program2 agama disiarkan.

Mak kata, sejuk hati mak dan ayah hafiz & hafizah ni… bertuah mak dan ayah mereka. Aku hanya mampu tersenyum pd mak. Yelah, anak mak ni bukan hafizah. Dan apalah agaknya yg membolehkan aku bantu emak dan yah di akhirat kelak. Aku malu ngan mak dan ayah….

Sedang asyik kami mendengar alunan al-Quran, tiba2 ayah bersuara sambil memandang tepat ke wajah ku. Apa kata ayah? “Ayah harap sangat cucu ayah nanti ada yg hafal al-Quran.”

Aduh, besar harapan ayah ku. Tp aku pun pelik jugak kenapa ayah memandang wajah ku bukan ke wajah kak lina yg dah ada 3 anak atau kenapa tidak meluahkan harapan nya kpd kakak2 ku yg sedang melayari bahtera rumah tangga.

tp, aku yakin, mesti ada meseg yg nak disampaikan ayah kdp ku.. aku akui, itulah harapan mak dan ayah ku buat ku. insyaALLAH akan ku cuba penuhi impian mereka.

Saban hari. ketika sujud ku aku berdoa agar ALLAH mengurniakan aku anak2 yg soleh untuk meneruskan perjuangan ini. Doa untuk mendapat anak2 yg soleh bukan sahaja ketika sedang mengandung, tetapi ia mestilah bermula dari sekarang. Hari ini bukan senang untuk melahirkan pejuang islam even dari rumah sendiri. Aku juga berdoa pd ALLAH agar aku menjadi anak yg solehah kerana aku kena menjadi contoh kpd anak2 ku dan supaya anak yg lahir adalah dari benih yg suci….dan doaku agar bapanya juga adalah dr kalangan anak2 yg soleh wa muslih..ameen.

AkU OrAnG KaMpUNG

AKU ORANG KAMPUNG

Kampung ku banyak mengajar ku erti kehidupan ini. Aku dilahirkan dan dibesarkan di kampung. Kawan2 ku sebelum aku ke asrama adalah org2 kampung. Org2 yg merasai kepayahan dalam kehidupan. Namun, aku bersyukur….keluargaku adalah keluarga yg sederhana. Tidak mewah dan tidak susah, semua keperluan dipenuhi. Emak dan ayah berusaha untuk memenuhi segala keperluan kami. Kami adalh anak2 yg bertuah kerana kalian adalh ibu dan ayah kami.

Ye, kami tidak pernah didik dengan harta. Namun, kami tidak pernah di sekat. Kami didik untuk menghormati orang lain, membantu org lain dan menyayangi org lain. Sekeliling kami banyak keluarga susah. Ada yg kematian suami, ada yg suaminya sakit sejak diawal perkahwinan, ada yg beranak ramai, ada ramai warga tua. Tidak dinafikan, ada yg berada. Namun, berapa ramai yg berada ini merasai kesakitan dan keperitan org2 yg kurang mampu ini?

Aku orang kampung…
Org kampung kaya dengan budi bahasa. Tidak dipandang sahaja pada harta, tp pada akhlak yg mulia.
Aku orang kampung…
Ziarah menziarahi menjadi budaya,
Susah senang rasai bersama,
Dengki mendengki jauh di dada,
Suka dan duka tetap bersama.

Aku bersyukur,
Orang kampung ku mendapat tarbiyyah…
Surau tidak lekang dari kuliah,
Setiap minggu usrah dilaksanakan untuk ibu-ibu,
Tidak ketinggalan untuk para remaja.
Saban bulan pemuda berkelah sambil mendengar ceramah.

Kampungku yang tidak mempunyai bangunan, tetapi membangun dgn insaniah….

MESIN VS RACUN



MESIN vs RACUN
Sebagai persediaan bulan puasa, emak suruh ayah mesin kemuncup2 depan surau dekat dgn rumah kami. Surau tersebut adalah waqaf arwah nenek n atuk ku tersayang. Kalau tak dimesin, kesian jemaah yg datang, gatal badan mereka dan tak khusyuk solat, kata mak.

Aku pun jawab, buat ape susah2 mesin, sembur je racun. Mudah dan senang…..sebulan kemudian baru tumbuh. Kalu mesin seminggu sekali. Kalu hujan pulak, lg cepat kemuncup2 tu tumbuh.

Ape jawab ayah??

Kalu sebulan sekali racun, sebulan sekali jelah dapat pahala. Kalu mesin seminggu sekali, setiap minggu dapat pahala… wah! Malu lagi aku ngan ayah… org muda malas, org tua rajin….=)

MENYAHUT SERUAN AYAH


MENYAHUT SERUAN AYAH!

1 RAMADHAN….

Lebih kurang jam 12 malam menjelang 1 Ramadhan keesokannya, ayah call… sembang punya sembang ngan ayah, makin terasa kehangatan Ramadhan. Kalau kat rumah, sepanjang bulan Ramadhan akan kedengran suara ayah mengumandangkan ayat2 ALLAH. Kami sekeluarga diulik dengan bacaan al-Quran yg dinyanyikan ayah. Sehinnga kami dibuai mimpi, ayah masih meneruskan bacaannya…kami bertuah kerana setiap malam rumah kami diselubungi ayat2 ALLAH dan emak lah org yg paling bertuah kerana telinga emaklah yg paling hampir menjamah ayat2 ALLAH…

Ayah tanya, Ramadhan ni berapa TARGET nak khatam al-Quran? Wah! Tersentak aku….aku terdiam je..tak tahu nak jawab apa. Kalu jawab sebarangan kan tak mampu, berdosa…. Tanpa menjawab, aku tanye ayah balik.. ayah? Ayah kata ikut kemampuan…ingat nak khatam 2 kali, kata ayah. malu aku…ayah yg dah tua, yg asyik batuk2 menjelang umur 60 an pun target 2 kali. Adakah aku yg segar dan sihat, tak mapu kan khatam even sekali?????

Pesan ayah, kalu nak rebut peluang bulan Ramadhan kena jaga kesihatan..kalu sakit mcmn nak solat tarawih dan macam mana nak baca al-Quran. Tengok Rasulullah dan shabat2..bulan puasa mampu berperang…..

KU CUBA SEDAYA PENUHI SETIAP PERMINTAAN..

Mengimbau kembali khdpn ku semester yg lalu.... aku bukanlah yg terbaik, aku tidak mampu untuk penuhi setiap permintaan org2 di sekelilingku, namun ku cuba sedaya yg ku mampu....





Kali ini ana nak berkongsi sedikit ape yg ana telah lalui sepanjang lps sbg seorg insan yg kerdil lg hina... sekadar untuk tatapan shbt2. kalau ada yg baik, ambillah sbg pengajaran, kalau yg tak baik buang lah jauh2 & jdkn sempadan…=)





ku jua remaja, ku jua mempunyai keluarga, ku jua seorg pelajar, ku jua seorg anak, ku jua seorg adik, ku jua seorng mak saudara, ku jua mempunyai tanggungjwb sbg seorg ketua, ku jua hamba ALLAH...





JANG… JANG…..oh, jang…





“Salam, meeting GYDP di Bilik Mesy Kenanga……” Mpp- Farid.
“Salam, meeting Tabung Amanah Kolej. YDP wajib dtg….” P.pengurus – C.wana
Jemputan ke AGM GPMS…”- Press GPMS.
Jang, c.wana nak jumpa. Datang ofis skarang.” Bgtau seorg JPK.
Kak Jang, mlm khamis ni ada program kat surau, K.jang bg pengisian ye. Tajuk ukhwah.” “Meeting tergempar JPK kul 11 mlm d blk gerakn JPK”. “Maizan,meeting jpk sabtu ni kul 8.30 pg di blk ,messy mawar.” PPP-Cik dijah. “Maizan, budget Program SUMAR tak cukup. Duit short 2-3 ratus jgk..”PPP-En. Rahim. “Maizan, sy nak awak salin semua data ni..” “Maizan, surat kamu bermaslah, byk silap!”. “Maizan, after class trus mai ofis..” “ Kpd YDP kolej, sila……hantar duit tersebut ke bilik e.saiun, bgnn canselori before kul 6 ptg.." "Maizan, senarai sekitariat JPK n LO mcmn?".


"kak, bila JPK storage nak buka?." "maizan, proposals semua dah siap?." "Maizan, untuk anugerah Kolej Cemerlang u kena tau semua benda." “Semua JPK wajib trun aktiviti..” “JPK x blh kluar masuk sesuka hati!” “Maizan, wujudkan cepat kelab IT under Exco Infrms n Multimedia. Kt nak run next week.” "Jang, skuad 5S bermasalah, tak gerak...mcmn?" "Jang, firedrill mcmn?" "Kak, ada budak histeria lg...." "Kak, blh dtg bilik kami skarang?" "Jang, nanti jadi fesi ye..." "Jang, mlm nanti jadi panel forum ye..." "Jang, mlm ni bg ucapan ye untk taklimat pengetua..." "Kak, nati akak kena bg speech jgk untuk voice of league punya program.."








“ Jang, mak tanye bila nak balik? Mak suruh blk maulidurrasul nanti..” pesan kakak ku. “Mak suruh balik ni. Dia rindu sgt doh ni.” Ayah sampaikn pesanan emak. “ Lame tak dengar khbr?” Mak. “Knp lmbt telefon ayah?” tanye emak. “Adik dah lupe kakak ke?” sindir kakak ku pedas. “Weekend ni balik seremban..” arah kakak ku. “Jang, jang..ooo jang…mane adik aku sorang ni???” meseg dr k.ina. “Jang, knp k.ja call xdpt?” tanye kakak ku dgn kecewa. “Assalamualaikum, jang…watpe tu?” call kakak aku sewaktu aku kelam kabut nak g meeting. Lantas aku menjwb “Alamak, k.ina,jang nak g miting ni, dah lewat.” Dgn hrpn k.ina fhm maksudku. “Hmm, oklah, I love you!” jwb kak ku ringkas.Dgn pantas aku menjwb “ Ok, love u too!”. Call ended. Alhamdulillah, kakak ku faham…rasa syukur tak terhingga kpd Mu Ya ALLAH.. “Jang, abang trun shah alam hujung minggu ni. Jom main bowling..” ajak sepupuku yg memang rapat dgn aku dr kecil. “Jang, adam mustaqim(anak buah aku yg baru lahir) dah besar.” Gtau kakak iparku.


“Jang, jom kluar ptg ni.”
Zila, classmate aku. “Jang, jang dah lame tak kluar dgn ktorg.” Kata Azi (classmate aku) dgn muka merajuk. “Jang, jom shoping?”. “ Jang, weekend ni ari sabtu, kita jumpa kat kl ye. Kwn2 UKM Zira, aini, dija ada skali.” ajak Mah (best friend aku sejak sekolah. Aku ngan dia dah mcm adik-beradik). Aduuh, bgmn aku nak menolak ajakn Mah ni.. "Jang, hujung minggu ni 7 Mac kita g picnic ye, dgn anis, mia, zila, kak din dll.jang join tau…” pujuk iza (classmate aku) “Jang, jang kne dtg jugak meeting PMFP(persatuan fak aku). Klu tak ktorg terasa hati giler.. “ pujuk exco PMFP jg kwn baik aku.

“Jang, jumpe kat TESL square kul 12. tq..”
group work member. “Jang kita trun sekolah dlm minggu ni tau.” “Please be informed that dis evening we r going to have TSL 591 test.” “Online discussion this week..” “Jang, jangan lupa 3 tests n 6 assignmnents kne submit minggu ni..”pesan kwn aku. “Jang, x lupe cari 3 journal dlm buku, 2 dlm internet.” “Jang, micro teaching?” “Jang, written report dah settle?” “Jang power point dah settle..?” “Jang folder jang ilang, byk sgt virus”. "Jang, result kena maintain coz kita kena jd contoh kpd masyarakat.."

“Kak jang, kami x kuat tanpa kak jang..” “kak jang, kami perlukan kak jang.” “kak jang, jangan tinggal kan kami..."Ini semua kata2 adik2 ku JPK yg aku sayang lebih dari diriku. Yang byk membantu ku dan merakalah tulang belakang ku... "kak jang, jumpa kat surau mlm ni tau.."






Bagaimana anak2 buah ku di rumah...?"Ajang, bila ajang nak balik?" "Ajang, nanti ajang balik, ajang ajar acik matematik ye." "Ajang, angah buat hal lagi. kami perlukan jang untuk nasihat angah." Hampir setiap hari ku tatap gambar2 mereka, inilah harta kami....harta ku...doaku agar mereka membesar menjadi anak soleh, solehah...walaupun aku tidak mampu bersama2 mereka seperti yg diharapkan.... "Nanti ajang balik, acik, awa, kakak, kak ngah dan adik suma nak tidur rumah tok, ngan ajang..."Aduh, sakit nya jiwa ku lantaran rindu dan sayang yg membuak kpd anak2 kecil ini...





MAK, AYAH, KAKAK2 DAN ABANG2 KU, ANAK2 KU, ADIK2 KU, SAHABAT2 KU... AKU MILIK SEMUA ORANG, AKU JUA MILIK ALLAH...AMANAH YG DITERIMA OLEH NABI ADAM DAHULU, ITULAH JUA AMANAH YG PERLU KITA TERUSKAN....DAN AKU ADALAH INSAN BIASA, TIDAK MAMPU UNTUK MEMENUHI SETIAP PERMINTAAN KALIAN, NAMUN, INSYAALLAH, KU CUBA SEDAYA KU MAMPU KERANA AKU JUA MILIK KALIAN....





YA ALLAH, AKU BERSYUKUR PADA MU KERANA INSAN2 INI LAH YG MEWARNAI HIDUPKU.... MENJADIKAN HIDUPKU LEBIH BERHARGA. DAN MENJADIKAN HIDUP KU SENTIASA TENANG KERNA KU YAKIN DGN JANJI2 ALLAH.. DAN KU BERAZAM DGN PERINTAH RASULULLAH UNTUK MENJADI MANUSIA YG BERMANFAAT KPD ORG LAIN.....