MAWAR-MAWAR
kuntum pertama:
ingatlah bahawa Tuhan akan mengampuni orang2 yg memohon ampun dan menerima taubat atas mereka yg bertaubat serta menerimanya kembali.
kuntum kedua:
sayangi oleh mu org yg lemah, nescaya engkau akan bahagia. penuhilah hajat yg memerlukan, nescaya engkau akan disembuhkan. dan janganlah engkau bawa kebencian, nescaya engkau akan dilindungi.
kuntum ketiga:
berharaplah engkau kpd ALLAH, sesungguhnya ALLAH bersama Mu. para malaikat memohon keampunan untuk mu dan syurga sedang menanti mu.
kuntum keempat:
hapuslah air matamu dgn berbaik sangka kpd ALLAH swt. dan tolaklah segala duka dgn mengingat akn segala nikmat yg telah diberikan kdp mu.
kuntum kelima:
jangan engkau mengira bahawa sesungguhnya di dunia ini ada org yg diberi kebahgiaan yg sempurna, maka tdk seorang pun boleh mendapatkan apa yg diharapkan dan terlepas dr kesalahan.
kuntum keenam:
jadilah engkau seperti pokok kurma yg tinggi cita2 nya, jauh dari penderitaan, apabila dibaling dgn batu, ia menjatuhkan buah yg manis.
kuntum ketujuh:
adakah engkau pernah mendengar bahwasanya kesediahan itu dpt mengembalikan apa yg telah berlalu, dan bahawasanya duka itu yg dpt membaiki kesalahan, maka mengapa mesti bersedih dan bimbang?
kuntum kelapan:
jangan engkau tunggu datangnya cubaan dan bencana tetapi tunggulah kedamaian dan kebaikan jika ALLAH mengkehndaki.
kuntum kesembilan:
padamkan oleh mu api kedengkian dari dadamu dgn memaafkan semua kesilapan yg pernah dilakukan oleh manusia.
kuntuman mawar kesepuluh:
mandi, wudhu', solat , menggunakan wangian yg berpatutan, dan bersiwak secara teratur merupakan ubat yg berkesan untuk segala kekeruhan dan kesempitan....
~diadaptasi dari buku 130 tips menjadi wanita yg paling bahagia...