~Yang Mampu Memberi, Yang Menerima Mensyukuri

“Ada seorang laki-laki yang datang kepada nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak dan kebutuhanmu terpenuhi ? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, niscaya hatimu menjadi lunak dan kebutuhanmu akan terpenuhi.”
[HR Thobroni, Targhib, Al Albaniy : 254]


ALLAHUMAJ'ALNA MINHUM YA RABB...

alhamdulillah....syukur kpd ALLAH tidak terkira krn menemukan sy dgn anak2 yatim dan fakir miskin di rumah kebajikan Dinasti 3i, kuantan..Ya ALLAH, peluang yg amat luas untuk ku...beramal dan emngajarku erti sebuah kehidupan...

ini kisah kami:

menerima anak baru yg berusia 6 tahun ke rumah kebajikan bukanlah suatu yg mudah. minggu pertama anak ini bersama di rumah mmg mengajar erti kesabaran sbg seorang ibu buat kami terutama buat warden, adikku Husna...kebetulan malam pertama anak ini di rumah ini sy bersama mereka, anak ini menangis sebelum tidur sehingga terpaksa didukung, dipeluk dan dipujuk..apatah lagi anak ini selalu buang air besar dalam seluar..teringat cerita Husna, saat anak ini dtg ke rumah kebajikan..rupanya tidak terurus.. kepalanya penuh dgn kutu dan kukunya panjang...

bayangkan anak siapa pun kita tidak tahu, malahan kita tdk kenal ayah dan ibunya..bgmn boleh timbul perasaan sayang kpd anak ini..allhurabbi, itulah indahnya kasih sayang ALLAH.. hebat kan ALLAH, meniupkan kasih sayang NYA melalui hati2 manusia...

ini lagi kisah kami:

semalam sewaktu kami ke masjid KIPSAS untuk program KIPSAS berselawat..subhanallah, penuh ruang masjid dgn para pelajarnya. jadi, saat sy dan anak kecil ini melangkah semua mata tertumpu kpd kami..terdengar suara2 mereka berkata "comeeelnya..." subhanallah..anak kecil ini pergi bersalam dgn para jemaah tanpa disuruh oleh saya..semua orang geram dgn anak yg kini sudah comel, berjubah dan bertudung..


"kak, ni anak akak ke?" hmmm.....aku hanya tersenyum...
"adik, datang dgn sape?" tanya seorg pelajar
anak kecil ini menunjukkan jarinya kpd saya...
"sape tu?" tanya pelajar itu lagi..
"kak maizan.." jawab anak itu...
"kak maizan tu sape?''
"mummy..." jawabnya dgn slumber nya
subhanallah....tersedak saya...insyaALLAH, nak...jawab hati kecil sy..

anak kecil ini menjadi perhatian para jemaah, didukung sesiapa shj yg suka kan budak...tp hati kecil sy agak sedih bila ramai yg bertanyakan mak dan ayahnya.. sewaktu kami dalam kereta, anak ini berkata..."kak maizan, kita teringat kat ma kita..." ....hmm...jawabku, "xpe,minggu ni kan Afi (bukan nama sebenar) balik..nant boleh jumpe ma kan..." dia hanya tersenyum...

tiada apa dihatiku hanya ingin melihat anak ini membesar seperti anak yg lain walaupun sudah kehilangan bapa dan ibunya tdk mampu menguruskan nya...doa sy anak ini menjadi pejuang agama ALLAH suatu hari nanti...


~Yang Mampu Memberi, Yang Menerima Mensyukuri~



~MEMAHAMI UNTUK DIFAHAMI

Bismillahirahmaniarahim...

subhanallah..setelah sekian lama saya tidak menulis di blog ini dan akhirnya sy diberi kekuatan untuk menulis kali ini...kerana saya tertarik untuk berkongsi pengalaman2 hidup ini agar menjadi pengajaran buat kita bersama...buat diriku dan diri pembaca..

setelah lbh kurang 8 bulan merantau di negeri orang, jauh dari keluarga dan sahabat2, baru sy sedari bahawa hidup ini kita tidak akan kuat tanpa orang yg memahami kita...jadi saya yakin, untuk difahami sy mesti memahami...

saya mesti memahami housemate yg kini bukan lagi sebaya dan mereka sudah lama di dunia luar..kami dr keluarga berbeza dan latar belakang berbeza..dan mereka semuanya kakak2 kpd sy...dan semestinya kami punya cara yg berbeza.. tp alhamdulillah hanya dalam tempoh yg singkat saya boleh menganggap mereka adalah kakak2 sy sendiri...dan terasa diri ini seorang adik kepada mereka..=)

...syukur ku pada ALLAH kerana memberi nikmat kepada saya agar memahami untuk difahami...