MEREKA MENGAJARKU

setiap manusia ada kisah tersendiri...

namu,
dari mereka (pelajar2 ku) aku belajar...

jangan kita memandang buruk seseorang kerana pelajaran nya yg x seberapa... "labeling" juga satu benda yg tidak patut dlm counseling...juga dlm ISLAM...

aku tidak pernah terfikir student yg selalu datang lewat ke kelas, selalu tertidur dalam kelas, sebenarnya seorang anak yg HEBAT bagiku..

rupa2 nya,
pelajar inilah yang telah kehilangan ayah yg menanggung ibunya yang sedang dirawat di hospital kerana buah pinggang. pelajar ini juga yang bekerja di restoran pd malam hari dan menjaga ibunya di hospital d siang hari. anak ini juga yg menyalin lampin ibunya dan memandikan ibunya..

saat aku sampai di hospital untuk ziarah si ibu tersebut, kelihatan si ibu terlantar dgn wajah seorang ibu yg dlm usia 80an..tp rupa2 nya baru 63 tahun umurnya.sebaya dgn ayahku... mungkin si ibu bekerja berat di usia muda dan bekerja kampung...
 
setelah dia terjaga dari tidur kerana kepenatan bekerja mlm tersebut dgn hanya berbantalkan lengan dan kain batik,
"cik, alhamdulillah mak saya dah ada selera nak makan." ..
dengan senyuma lebar dia berkata :
aku menjawab:
"ye ke..alhamdulillah...knp, sblm ni mak x makan ke? mcmn mak dah ada selera?"
jawapan nya mengejutkan aku:
"aah, cik..sblm ni dia x mkn pun...tp sy tak akan makan klu mak tak makan..jadi mak pun makan lah."

YA ALLAH...YA RABBI...jawapannya membuatkan mataku bengkak menahan air mata... sungguh mulia hati mu...

tetiba terfikir, solatkah anak muridku ini?
"awak solat tak Nabil?"
dia tertunduk.... dan menjawab...
"x full chik..."
sampuk ibunya,
"itulah cikgu, puas dah sy pesan...dia jaga mak cik..mak cik suka. tp klu dia solat dan jaga mak cik...mak cik lagi2 suka..."

aku tersenyum dan memandang tepat muka Nabil...
"dengar tu Nabil...bukan sy yg kata..mak awak yg kata...klu awak nk tengok mak awak bahagia, solatlah...in shaa ALLAH, awak dan mak awak bahagia dan dpt berkumpul kembali di akhirat nanti..dgn solat awak boleh doakan mak awak sihat."

"in shaa ALLAH, cik...terima kasih ingatkan." sejurus azan berkumandang, dia turun untuk solat....


semoga ALLAH Ya Fatah membuka segala pintu penyelesaian buat Nabil dan ibunya...Ya Salam, sembuhkanlah... Ya Razaq, Ya Ghoni, Ya Mughni... murahkanlah rezeki mereka.. Ya Hadi Ya Nur..pimpinlah mereka untuk lebih dekat dgn MU... sakit ini dari MU dan Engkau juga yg menyembuhkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan