AkU OrAnG KaMpUNG

AKU ORANG KAMPUNG

Kampung ku banyak mengajar ku erti kehidupan ini. Aku dilahirkan dan dibesarkan di kampung. Kawan2 ku sebelum aku ke asrama adalah org2 kampung. Org2 yg merasai kepayahan dalam kehidupan. Namun, aku bersyukur….keluargaku adalah keluarga yg sederhana. Tidak mewah dan tidak susah, semua keperluan dipenuhi. Emak dan ayah berusaha untuk memenuhi segala keperluan kami. Kami adalh anak2 yg bertuah kerana kalian adalh ibu dan ayah kami.

Ye, kami tidak pernah didik dengan harta. Namun, kami tidak pernah di sekat. Kami didik untuk menghormati orang lain, membantu org lain dan menyayangi org lain. Sekeliling kami banyak keluarga susah. Ada yg kematian suami, ada yg suaminya sakit sejak diawal perkahwinan, ada yg beranak ramai, ada ramai warga tua. Tidak dinafikan, ada yg berada. Namun, berapa ramai yg berada ini merasai kesakitan dan keperitan org2 yg kurang mampu ini?

Aku orang kampung…
Org kampung kaya dengan budi bahasa. Tidak dipandang sahaja pada harta, tp pada akhlak yg mulia.
Aku orang kampung…
Ziarah menziarahi menjadi budaya,
Susah senang rasai bersama,
Dengki mendengki jauh di dada,
Suka dan duka tetap bersama.

Aku bersyukur,
Orang kampung ku mendapat tarbiyyah…
Surau tidak lekang dari kuliah,
Setiap minggu usrah dilaksanakan untuk ibu-ibu,
Tidak ketinggalan untuk para remaja.
Saban bulan pemuda berkelah sambil mendengar ceramah.

Kampungku yang tidak mempunyai bangunan, tetapi membangun dgn insaniah….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan