...LUAHAN HATI EMAK & AYAH…
Satu petang, aku, ayah, mak, kakak2 ku (kak lina dan kak ta) sedang asyik menonton tv. Pertandingan hafazan al-Quran tv 1. jarang2 org suka tengok tv 1 ni. tp inilah favorite channel mak&ayah aku waktu petang selain tv 9. banyak program2 agama disiarkan.

Mak kata, sejuk hati mak dan ayah hafiz & hafizah ni… bertuah mak dan ayah mereka. Aku hanya mampu tersenyum pd mak. Yelah, anak mak ni bukan hafizah. Dan apalah agaknya yg membolehkan aku bantu emak dan yah di akhirat kelak. Aku malu ngan mak dan ayah….

Sedang asyik kami mendengar alunan al-Quran, tiba2 ayah bersuara sambil memandang tepat ke wajah ku. Apa kata ayah? “Ayah harap sangat cucu ayah nanti ada yg hafal al-Quran.”

Aduh, besar harapan ayah ku. Tp aku pun pelik jugak kenapa ayah memandang wajah ku bukan ke wajah kak lina yg dah ada 3 anak atau kenapa tidak meluahkan harapan nya kpd kakak2 ku yg sedang melayari bahtera rumah tangga.

tp, aku yakin, mesti ada meseg yg nak disampaikan ayah kdp ku.. aku akui, itulah harapan mak dan ayah ku buat ku. insyaALLAH akan ku cuba penuhi impian mereka.

Saban hari. ketika sujud ku aku berdoa agar ALLAH mengurniakan aku anak2 yg soleh untuk meneruskan perjuangan ini. Doa untuk mendapat anak2 yg soleh bukan sahaja ketika sedang mengandung, tetapi ia mestilah bermula dari sekarang. Hari ini bukan senang untuk melahirkan pejuang islam even dari rumah sendiri. Aku juga berdoa pd ALLAH agar aku menjadi anak yg solehah kerana aku kena menjadi contoh kpd anak2 ku dan supaya anak yg lahir adalah dari benih yg suci….dan doaku agar bapanya juga adalah dr kalangan anak2 yg soleh wa muslih..ameen.

1 ulasan:

Nurdyana berkata...

Ameen. :)
Now she starts thinking.
May she gets what she prays for.

Catat Ulasan