~USIA MUSA HANYA SEKETIKA~
Suatu petang yang indah…angin sepoi2 bahasa...diatas bangku tempat parking moto…mengadap entrance UiTM, pintu syeksyen 7…best jugak lepak petang2 ni..ambik angin luar..
Bawak laptop skali lah, nak try wireless..mane tau kalau2 boleh, nak download past years questions..tp, tak menjadi pulak..tak pelah…tak de rezeki hari ni kot…dengar lagu dahlah…
Subhanalah…Tenangya petang ni..Maha Suci Allah….Yang menjanjikan syurga bagi hamba2Nya yang taat dan juga menjanjikan neraka bagi hamba2Nya yang engkar. Allahuakbar….yang menjadikan makhluk dilangit dan dibumi.. MasyaAllah.....agungnya dan hebatnya ciptaan Mu Ya Allah….lahaulawalakuwwataillabillah…aku tiada kekuatan melainkan kekuatan dari Mu, Ya Allah…
Alamak, lagu sedih lah pulak…lagu hijjaz Munajat kau sahabat kau teman sejati…lg ni lagu tema aku dgn nenek ku tersayang….
Bersama2 lagu, jauh aku dibawa mengembara kembali ke tahun 2001, nenek kesayanganku (che nama manjanya dikalangan kami cucu2nya) telah dijemput pulang kerahmatullah. Lantaran pemergiannya, surau depan rumah kami tiada lagi budak2 dtg belajar mengaji al-Quran, bilik kami suram tanpa bacaan al-Quran che setiap hari, rumah kami suram tanpa leteran che, cebok penyedok air che guna untuk ambik wudhuk setiap malam tidak lagi digunakan, tiada lagi orang urutkan kepala saat kepala ku berdenyut2 dan berpusing2, tiada lagi orang bacakan doa diatas kepalaku saat ku hendak pulang ke asrama demi meneruskan perjuangan menuntut ilmu, tiada lagi orang ajarkan aku doa2 yang best!! Tiada lagi orang ingatkan aku untuk solat diawal waktu, tiada lagi orang sikatkan rambutku, tiada lagi orang mambelaku saatku dimarah ayah….sedang aku lenak dibuai mimpi, kerana tak nak menggangu aku, che pasang pelita tanah untuk dia qiam setiap malam..kadang2 aku turun tidur ditepi sejadah che, saje nak dengar suara che…aku sayang sgt2 kat che. Aku ingat lg masa aku berumur 5, 6 tahun..setiap kali balik dr PASTI, che mesti peluk aku dulu..kalau hari tu lupa peluk, mesti che kata “Hari ni adik (panggilan pd ms itu) tak peluk che lagi.” Aku tak suka kalu sepupu2 aku dtg…nanti che layan sepupu aku jugak…tak nak!! Tak nak!! Diaorng akan rampas che dari aku!!! Bentak hati kanak2 ku…
Kalau hujan lebat atau ribut, aku akan duduk di sebelah che..kalau kilat dan petir, aku akan peluk che…che akan gosok2 kepala aku..terasa selamat dan tenang…aku diajar doa2 dan selawat sewaktu petir walaupun masih pelat2.
Perit untuk ku terima kenyataan atas pemergian che…rindunye kat che..rindunye... aku masih ingat lg saat engkau dikafankan.. kali terakhir aku cium pipimu..sejuk…tp sayang, aku tak dibenarkan masuk untuk memandikanmu kerana kata org2 kampung, aku masih kecil lagi.lgpun ayah kata, badan ku lemah saat itu..puas ayah pujuk, puas emak pujuk…aku lari..keluar dari rumah…aku benci semua orang!aku nak pegang che!aku nak mandikan che kali terakhir…kenapa semua org tak faham?? Tp,aku terserempak dgn ayah atas tangga rumah...ayah peluk aku…ayah kata “Jangan nangis, nanti che sedih…doakan che…” argh…ayah bukannya faham…aku memberontak.aku nangis puas2 atas dada ayah. Kemudian ayah kata “ayah nak g uruskan liang lahad che ni..”aku pun duduk atas tangga sorang2 sambil menangis lg…aku cuba sedaya upaya menyekat air mataku, tp tak boleh jugak…ummm…nasib baiklah…minggu lepas, sebelum aku balik asrama, aku sempat mandikan che…entahlah, rasa nak mandikan dia sangat2 walaupun dia boleh mandi sendiri…aku syampukan rambut che, aku basuhkan kepala che dan aku tunggu dia gosok gigi palsu dia…che suka sangat hari tu…patutlah minggu tu, che nak ikut ayah hantar aku balik asrama sedangkan dia tak boleh naik kereta lama2 krn gegaran pada jantungnya…ayah tak benarkan che ikut kerana ayah tak nak ayah sakit…che tengok aku dari jauh…rupa2nya itulah kali terakhir dia menghantarku ke kereta…
Hari itu, penuh rumah….Tok Guru pun datang bersama2 mak cik ta, isteri muda tok guru..Yelah, diaorg dah mcm anak che.. setiap hari jumaat che akan ke masjid. Pulang lewat petang..pergi menadah kitab kat rmh tok guru…beruntungya che. Dapat mandikan jenazah orang, dapat berubat orang, dapat sambut lekahiran bayi…waktu solat jenazah, penuh surau depan rumahku…dua rounds solat jenazah diadakan kerana tak muat surau.budak2 darul quran rusila pun datang solat… Hmmmmm, rindunya kat che….dah seminggu che pergi, tp setiap kali sebelum tidur, mesti aku menganis….Suatu hari aku tanye mak “Mak, che dah makan?.” Emak, pandang kat aku, kemudian dia pusing ke tempat lain dan dia diam. Apasal lak mak ni…astaghfirullahalazim…. aku terlupa…che dah tak de…tp, rasa cam dia ada je…
Selepas seminggu, aku balik asrama…still lagi tak blh lupakan che. Hari2 tel mak ngadu kat mak tak boleh lupakan che…mak kata sedekahkan bacaan al-Quran banyak2 kat che…then, sebulan lepas tu aku balik rumah..aku buka almari baju che..hancur hati aku bila tengok almari che kosong..tak ada ape2 lagi dlm almari che…sekali lagi aku menangis puas2. nasib baik mak atau ayah tak nampak. Kalau tak, kesian kat mak fikirkan aku…
Aku sedar…che bukan milik ku…dia milik ALLAH…aku tak berhak keatas dia. Dia bagi pinjam Che kat aku sekejap je…tak pelah…aku bersyukur sangat2 berbanding dgn org lain yg tak pernah rasa kasih sayang seorang nenek…kini, aku ada seorng je nenek (kami panggil dia tok). Walaupun tok datang sekali sekala je rumah kami tak duduk sekali, tp xpelah…tok pun bukan tok aku sorang..tok pun milik cucu2 lain jugak..namun, setahun selepas itu, tok sakit jugak…tok pun nak tinggalkan kami…tok tak kenal lagi aku…”tok, ni cucu tok…tok…tok…”aku sedih..tok tak tahu nama aku lagi.. Tok tak nak datang lagi rumah kami..dia nak balik rumah dia...kalau dia datang rumah kami, dia akan menangis nak balik…akhirnya, tok pun pulang ke pangkuan pemiliknya pada tahun 2002…tiada lagi nenek dalam hidup ku….aku akn menangis setiap kali aku nampak nenek2 kwn2 ku hantar mereka ke asrama, saat aku lihat nenek tua dirumah anak yatim, saat kwn2 ku berbual dl tentang nenek2 mereke..dan yg paling menyakitkan hati aku dan menyedihkan ialah bila melihat ramai anak2 dan cucu2 skarang bencikan nenek mereka. Ramai juga yang tak pernah tanya khabar nenek2 dikampung…cuba bayangkan betapa sukanya hati mereka saat melihat kepulangan kita…dari mana datangya kita kalau bukan dari mereka…
Tahun 2000: kawan sepermainanku dan kawan sekelasku…2001:adik kedua bongsu emak…2002:sekali lagi emak menerimaa tamparan hebat, kakak sulung emak pula menyahut panggilan Ilahi...2004: kakak sulung ayah bersama2 suaminya antara emak saudara yang paling rapat dgnku…2006: ustazah ku, juga emak kepada kawanku…2007:nenek saudaraku, antara nenek saudara yg paling rapat denganku, rumahnya adalah rumah nombor duaku..2008: nenek sekampungku yang selalu bg sayur dan atuk saudara sebelah rumah ku…tahun lepas juga, senior di fakulti juga meninggal dunia akibat kemalangan dgn lori..dan ramai lagi…satu demi satu orang yang rapat denganku dan orang yang aku kenali telah pergi meninggalakn dunia fana..entah esok, entah lusa tiba giliranku pula…
Suatu hari, aku terdengar perbualan antara emak dan ayah ku. Kata mak, “generasi tua sudah pun tiada. Sekarang kita lah generasi tua..selepas ini anak2 kita pulak menggantikan kita.” Terkejut ana ketika itu. Hah??? Kitaorang akan jadi generasi tua??? Eiiiii…lambat lagilah, mak…ape lak mak mengarut ni??gertak hati kecilku…
Namun, skarang aku mula sedar terasa betapa pendeknya hidup ini. Sekejap je dah nak jadi generasi tua…tapi inilah reality. Katakanlah, umur sekarang 21 tahun…23 grad..24 keje…then, bina baitul muslim kalu diizinkan ALLAH…after 10 years, umur 34 tahun dah…sedar tak sedar anak2 semua dah besar…dapat cucu pulak…then pencen…nah, skarang kita pulak jadi orng tua…sekejap je kan…cuba ingat balik apa yang telah kita buat kat nenek kita dan ibu bapa kita…itulah yang akan kita terima pada usia ini…
“Akak, ada orang tak duduk kat sini?” Hah????terkejut aku…”a..a..ape dik?” “Ada orang tak duduk kat depan akak ni?Kalu tak de, sy nak tumpang duduk..”. “Owh. Sorri…akak tak dengar tadi..takde,takde.. silalah duduk…”. Malu pulak kat adik tu…huhu Alamak!dah hampir pukul 6 ptg ni..kne masuk bilik..nanti kak dilla cari takde kat bilik lepas pukul 6, karang kak dilla membebel pulak…katanya, ptg2 tak elok duduk kat luar.sayang sungguh kakak ni kat adik dia ni…syukran, ya ukhti…coz jaga ana…pasti ana akan merindui ukhti suatu hari nanti…
Inilah sekadar perkongsian coretan yg ditulis pada 14 july 2009…cube kita check balik, sejauh mana sumbangan kita pd Islam?…adakah kita membantu Islam atau kita menyusahkan Islam? bgmn kalau kita dimatikan hari ini…adakah amalan2 kita sudah cukup untuk menyelamatkan kita…ana ingatkan diri ini yang senantiasa lalai dan leka dgn hanyutan dunia…
Wallahua’lam….
Family Trip-Kundasang
7 tahun yang lalu
1 ulasan:
menarik pengalaman akak...
betul tu,
usia semakin pendek tapi amalan, tak tahu apa nilainya di sisi Allah.
Catat Ulasan