Memperbaiki diri sehingga menjadi: 1.kuat tubuh badan 2.ampuh akhlak 3.fikiran yang berilmu pengetahuan 4.mampu berkerja dan berusaha 5.sejahtera aqidah 6.sahih ibadah 7.mujahadah diri 8.menjaga waktu 9.bersistem dalam urusan 10.bermanfaat kepada orang lain.
UNTUKMU MUJAHIDAH
Mujahidah sejati,Intan permata mutiara mahkota.Seindah pelangi di cakerawala menghiasai taman indah nan permai.Mujahidah sejati….
Engkaulah serikandi pembela agama. Peribadi solehah hiasan diri. Subur dengan iman dan ketaqwaaN. Mujahidah sejati,
Akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya. Mujahidah sejati,
Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwA. Mujahidah sejati… Berbekal al-quran dan as-sunnah. Bersulam pengorbanan bisa menggegarkan isi dunia.
Mujahidah sejati…
Terus subur mekar mewangi. Seindah suria menerangi bumi. Harapan ummah yang abadi.
Mujahidah sejati…Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah. Menjadi muqorrabin mermujahadah. Menuju cinta dan kasih ALLAH…
Paras rupa bukannya ukuran,
Nilainya sama disisi Tuhan,
Cuma ibadah yang membezakan,
Wanita solehah disisi tuhan.
Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya, Jangan dibiarkan ia bertakhta dalam diri dengan dosa-dosa..
"dan berjihadlah di jalanALLAH dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama....." [al-Hajj:78]
alhamdulillah, syukur ku tidak terhingga atas anugerah ALLAH iaitu seorang ibu yang bernama Munah binti Mat Amin. seorang ibu juga seorang teman yg banyak mendidik anak2 mu dgn pakaian iman, taqwa dan akhlak mulia. Ibu, anakmu ini sangat bertuah kerana memiliki mu sepanjang hidup ini yang menemani perjuangan ini. Ibu, terlalu mahal kasih sayang mu dan teralalu banyak pengorbananmu sehingga keikhlasanmu dlm mendidik kami tiada hadnya. Ibu, ketahuliah anak mu ini terlalu sayangkanmu dan terlalu kasihkanmu... Ibu, doakan anakmu ini menjadi anak yg solehah yg mampu membahagiakan mu di dunia dan akhirat...
AYAH YANG TERSAYANG
ayahku, Mohamad bin Ismail, juga anugerah yg amat mahal buatku. anak mu ini terlalu banyak melukai hatimu. Namun, ayah.. anak mu ini terlalu sayangkan mu. Kata-kata mu mampu menaikkan roh semangat perjuangan ku tatkala ku jatuh terduduk dan tersungkur.. Ayah, maafkanlah anakmu ini atas segala dosa yg telah, sedang dan ku lakukan...terlalu banyak pengorbanan yg telah engkau lakukan. kezuhudan mu dlm mengecap dunia tidak mampu kami mengerti sehingga kadang2 kami tidak tahu siapa ayah....huhu
4 ulasan:
salam...Ya ALLAH jadikan daku juga da'ie selama2 nyer...
insyaALLAH..
ku mohon pada MU Ya Allah, pimpinlah kami setiap saat dan setiap detik...
Ameen.. semoga semua pejuang Islam akan terus istiqamah
salam..
amin..semoga kita semua menjadi da'ie..insyaallah
Catat Ulasan